Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Wednesday 15 October 2014

JPJ buat operasi khas mulai 1 November ini

Bermula 1 November ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi khas terhadap kesalahan berkaitan nombor pendaftaran, penggunaan Strobe Light dan Lampu HID terhadap pengguna kenderaan di seluruh negara.


Bagi tiga kesalahan berkenaan, pengguna yang dikesan akan diberi saman dan notis larangan serta merta.

Kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu.

Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu, maka kompaun berkenaan akan meningkat antara maksimum RM200 hingga RM250 selepas sebulan tidak dibayar.

Orang ramai juga diberikan masa sehingga 1 Mei tahun depan bagi mematuhi peraturan cermin gelap menerusi Kadar ketelusan cahaya (Visible Light Transmittance -VLT) yang sudah ditetapkan.