Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Tuesday 28 October 2014

Dunia Bergelap Selama 3 Hari TIDAK BENAR...


Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),  dalam kenyataannya semalam menafikan kononnya bumi bakal bergelap selama tiga hari berturut-turut pada 21, 22 dan 23 Disember depan yang disebarkan di laman sosial termasuk Whatsapp dan Facebook. 

"Khabar angin ini mengatakan kejadian ini adalah disebabkan oleh ribut suria yang dihasilkan oleh matahari pada hari berkenaan. Untuk makluman, ribut suria daripada matahari tidak menyebabkan kejadian siang atau malam, jauh sekali menyebabkan bumi bergelap.



"Malah, bumi juga dilindungi oleh medan magnet (magnetosphere) yang menyebabkan kesan sebarang ribut suria dibelokkan (deflected) dan menjadi lemah sebelum sampai ke bumi. Apabila baki ribut ini memasuki atmosfera bumi, ia ternyah cas sebagai aurora di hemisfera utara dan selatan," katanya.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here