ASUS memperkenalkan MeMO Pad 7 (ME572CL), tablet tujuh
inci dengan sistem operasi Android 4.4 (KitKat) yang dipadankan dengan
paparan HD IPS dalam pakej sangat nipis, ringan, bergaya serta tahan
lasak.
Tablet baharu itu mempunyai pemproses 64-bit empat teras Intel Atom
Z3560, dengan keupayaan hingga 1.83 GHz serta sambungan internet mudah
alih 4G LTE. MeMO Pad 7 juga disokong teknologi ASUS ZenUI, pemuka mudah
alih eksklusif daripada ASUS.
Inspirasi rekaannya yang berdasarkan dompet serta sebuah beg cekam,
menyerlahkan MeMO Pad 7 dengan penampilan anggun yang unik dan apabila
digabungkan dengan fungsinya yang pelbagai, tablet ini akan menjadi
teman seharian ideal serta pelengkap fesyen.
Dengan tanda harga RM999 seunit, MeMO Pad 7 dipadankan dengan
kemasan tekstur lembut di belakang serta warna menarik termasuk Rose
Champagne, Gentle Black dan Burgundy Red.
ASUS MeMO Pad 7 bertujuan mempertingkat pengalaman hiburan daripada
sebuah tablet. Untuk itu, ia mempunyai paparan Full HD IPS yang
dipertingkatkan lagi dengan teknologi ASUS TruVivid untuk imej yang
jelas daripada setiap sudut.
Untuk merakam gambar dan video yang jelas serta berkualiti, MeMO
Pad 7 dipadankan dengan kamera 5MP di belakang dan kamera auto fokus 2MP
di depan serta disokong teknologi PixelMaster.
Menerusi paparan 323 piksel seinci (ppi) MeMO Pad 7 menyerlahkan
lebih 2.3 juta piksel untuk menghasilkan gambar dan grafik yang terang
dan jelas.
Dalam pada itu, teknologi IPS memberikan sudut paparan lebar 178
darjah dan penghasilan warna yang lebih tepat manakala ASUS TriVivid
menambah baik kejelasan dan menjadikan warna lebih terang.
Tablet ini hanya setebal 8.3mm dan seberat 269 gram menjadikan
rekaan semula model ini lebih ringan, ergonomik dan selesa dalam
genggaman.
ASUS adalah antara tiga pengeluar komputer riba terbesar dunia
dengan lebih 12,500 kakitangan termasuk 3,800 jurutera penyelidikan dan
pembangunan (R&D). Syarikat memperoleh pendapatan kira-kira AS$14
bilion (RM47 bilion) pada 2013.
For more Info,
please visit and JOIN Facebook group SABAHTECH <<< Click here (Technology Discussion Group)
please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here