Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Friday 21 November 2014

Sistem 'Meter Pintar' Elektrik Terbaru


Satu sistem yang dipanggil sistem meter pintar 'revolusi' sedang diberi perhatian dan pertimbangan.


Sistem tersebut akan membolehkan syarikat pembekal kuasa elektrik menawarkan tarif yang fleksibel kepada pengguna dan antara lain, memaklumkan secara automatik jika berlakunya gangguan kuasa.

Meter pintar itu, yang telah dipasang di sekitar 180 juta rumah di seluruh dunia, akan digunakan secara meluas di negara ini.

Sumber berkata, jika semuanya berjalan dengan baik, syarikat seperti TNB bersedia untuk melancarkannya di peringkat nasional seawal tahun 2016.

Meter pintar itu dikatakan menjadi alat yang berkesan yang mampu mengurangkan pertikaian di antara pelanggan dan syarikat pembekal kuasa berhubung bil.

Ini kerana syarikat utiliti mampu mengukur amaun penggunaan elektrik melalui sistem pemantauan pusat pada waktu sebenar, membolehkan syarikat memeriksa kecurian kuasa.