Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Saturday 18 October 2014

Google lancar Nexus baru, Android 'Lollipop'


SAN FRANCISCO: Google melancarkan varian lebih besar dan mahal telefon pintar dan tablet Nexus bagi menarik perhatian pengguna lebih mewah yang dipercayai membeli setiap generasi baharu iPhone dan iPad keluaran Apple Inc.

Google juga melancarkan peranti penstriman video dan muzik baharu, Nexus Player untuk bersaing dengan beberapa keluaran syarikat lain terutama Apple TV dan Roku.

Kedua-dua peranti Nexus berkenaan akan menggunakan OS Android versi terkini. Perisian terbaharu itu dikenali "Lollipop".


Tablet terbaharu Nexus 9, dikilang oleh HTC, datang dengan skrin sembilan inci, dua inci lebih besar berbanding versi sebelum ini. Peranti itu dibangunkan dengan kos lebih tinggi, justeru dijangka dijual pada harga dari AS$399 (RM1,306), 74 peratus lebih mahal.

Bagaimanapun, harga itu adalah AS$100 (RM327.36) lebih rendah berbanding harga asas iPad Air dengan skrin 10 inci.

Telefon pintar baharu Google pula dikenali Nexus 6, ditampilkan dengan skrin 6-inci, lebih besar daripada paparan 5.5 inci iPhone 6 Plus yang mula dijual bulan lalu.

Nexus 6 akan dijual pada harga dari AS$649 (RM2,124) tanpa kontrak. Harga itu adalah AS$300 (RM982) lebih mahal daripada Nexus 5 dengan skrin 5-inci.

Peningkatan ketara harga adalah perubahan strategik bagi Google untuk 'mencuri' lebih ramai pelanggan Apple yang mampu membayar untuk peranti canggih, walaupun harganya tinggi berbanding yang lain.

Sehubungan itu, Google menyasarkan siri telefon pintar dan tablet Nexus untuk kumpulan mewah manakala bagi pelanggan yang mementingkan bajet, peranti pintar siri Android One pada harga sekitar AS$100 (RM327) tersedia untuk mereka.

Buat permulaan, Android One sudah dilancarkan di India bulan lalu. Pra-tempahan untuk Nexus 9 dan Nexus Player dibuka esok sebelum mula dijual di gedung pada 3 November.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Skype Qik untuk hantar mesej video 42 saat


NEW YORK: Skype, pengendali aplikasi sembang video milik Microsoft, memperkenalkan aplikasi baharu yang membolehkan pengguna menghantar mesej video ringkas, sekali gus kekal berhubung sebelum membuat panggilan Skype seterusnya.

Aplikasi telefon pintar itu yang dikenali Skype Qik membolehkan pengguna merakam dan menghantar video sepanjang 42 saat.

Perkhidmatan baharu itu akan membantu Microsoft 'mengejar' beberapa pesaingnya dalam bidang mesej mudah alih yang kini sedang sangat pesat berkembang.

Aplikasi baharu itu menampilkan beberapa ciri daripada Twitter Vine, yang boleh memainkan video selama enam saat, dan perkhidmatan mesej tidak kekal, Snapchat.

Dengan Qik, mesej akan hanya hilang selepas dua minggu, sedangkan mesej di Snapchat, hilang sebaik selepas dibuka.

Skype Qik menjadikan perbualan video lebih spontan dan menarik kerana pengguna tidak perlu menunggu pada sesi panggilan seterusnya untuk berhubung dengan kenalan atau orang tersayang, kata seorang jurucakap Microsoft.

Aplikasi Skype Qik kini sedia dimuat turun telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Apple iOS, Google Android dan OS yang dikeluarkan Microsoft, Windows Phone.

Menerusi Qik, Microsoft kini menjadi antara pemain utama dalam segmen mesej mudah alih selepas Facebook membayar AS$19 bilion untuk membeli WhatsApp manakala firma e-dagang Jepun, Rakuten membeli Line dan Viber pada pertimbangan AS$900 juta awal tahun ini.



For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Isteri Buat Laporan Polis Zakar Suami Terlalu Besar


#IQ TEST - Can you solve out this MYSTERY? 97% FAILED!




A man got killed in family gathering at his house. The police found a calendar near the dead body with blood stain on it (blood from fingertip). The forensics have no clue except the calendar but couldn't find out anything. Mind to help?

The family member that attended that party are:
- Jason (his brother), 32years old
- Deena (Jason's wife), 30years old
- Junior (Jason's son), 5years old
- Lynet (his younger sister), 27years old
- Serena (Lynet's daughter), 3years old
- Fred (his cousin), 30years old

Who's the killer/prime suspect?

Suarez bakal CABAR Real Madrid - perlawanan pertama bersama Barcelona



BARCELONA: Segenap mata akan tertumpu kepada bintang kontroversi Barcelona, Luis Suarez menjelang pertembungan 'Clasico' bulan ini dan Pengarah Sukan kelab itu, Andoni Zubizarreta menjangkakan dia sudah bersedia menentang Real Madrid.

Suarez yang menyertai Barca dari Liverpool musim ini berdepan penggantungan selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali di Piala Dunia, Brazil dan terpaksa menyaksikan rakan sepasukannya memulakan kempen musim ini tanpa khidmatnya.

"Saya berharap Luis Enrique (jurulatih Barca) akan memperoleh kesemua pemainnya. Sehingga kini, tanpa khidmatnya (Suarez), kami memulakan kempen dengan baik," kata Zubizarreta kepada televisyen Sepanyol.

"Saya mengenalinya dan saya fikir dia akan bersedia untuk Bernabeu. Suarez tahu di tahap mana dia berada dan situasi yang akan dihadapinya.



"Dia akan menjadi pemain yang penting buat kami. Peminat sepatutnya bertenang, pemain itu sudah mengerti apa kesalahan yang dilakukannya dan secara dalaman kami sudah bekerjasama. "

Begitupun, skuad bimbingan Enrique ketika ini masih belum mencapai tahap 'cemerlang' ketika di bawah bimbingan Pep Guardiola namun hanya kehilangan dua mata daripada tujuh perlawanan dan menduduki tangga teratas La Liga.

Musuh tradisi, Real ketika ini ketinggalan empat mata dan akan bertemu sesama sendiri di Bernabeu pada 25 Oktober ini iaitu sehari selepas Suarez menamatkan penggantungannya.

Sejak pertengahan Ogos lalu, Suarez dibenarkan berlatih bersama rakan sepasukannya selepas hukumannya dikurangkan dan dibenarkan beraksi bersama skuad kebangsaan.

Jumaat lalu, Suarez beraksi bersama Uruguay ketika menentang Arab Saudi dan meledak dua gol ketika menentang Oman pada Isnin.

INFO Virus Ebola Yang Anda HARUS TAHU

 

Credited to Berita Harian





  

These people MURDERED by Chain-saw!!!

This serial killer done multiples murders... he victimize his target by using deadly weapon: Chain-saw. Some of his victims managed to escape to public but no luck. Next, this psychopath start to attack the witnesses to be neutralized. Holly Shit!

KIDDING!

Actually, this is a prank.. a great awesome prank by using special effect~ hehe..

NO, this video is not mine... this video is made by 'VitalyzdTv' . All credits goes to them. Subscribe them! ;)

Friday 17 October 2014

Kawasan-kawasan Larangan di KOTA KINABALU, Sabah.


How To Sign The Online Petition of Calling Sabah Sarawak Rights (SSKM)


In other name this petition is called 'SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA'

In case any of you doesn't know how to 'sign' it, here is the tutorial... i make it as simple as i can...

Firstly, this link will direct to the GENUINE petition (various clone claimed itself the official/original)--> http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

This is the main page for SSKM petition.


Pls click 'sign the petition' button...





You will reached this page after you hit the button at the main page. Now, pls scroll down to continue... and you will see a form which need to be filled..








1. Mr for Male, Ms for Female

2 & 3. Let say your name is David Palmer, then your first name must be David, and 'Palmer' will be your last name.

4. If you don't have any e-mail account, pls create one. G-mail are the easier one to create. I recommend it.

5 & 6 Let say you live in Matunggong Kudat, then just put 'Matunggong' in the blank. And put 'Kudat' as the City.

7. Sabah or Sarawak

8. If you don't know your postcode area is. google it!

9. Click it and you scroll down the list until you find Malaysia. Hit the 'M' button may help you jump alphabetically.. 








  
12. Right there, 'Spiro Spero' is my friend. He signed this petition and told me about all these.

13. If you are SSKM volunteer, you maybe sign this petition for other people. It's OK.

14. Put your comment... if you have something to say to UN Chief: Ban ki moon, go forward... mention his name in your comment.. but please mind your words~

15. This is the security to make sure you are not a malware bot which programmed to sign the petition. If you are not, then type in what you see...

16. you at the last step... make sure all the information you gave is correct.. check your spelling and so on. Hit the SIGN button after you double-checked it.

HOORAY!! You did the right thing!
 

Pendapatan Purata Keluarga di Sabah RM4000 TIDAK BENAR - Ghapur Salleh


Apa kata anda?

PENYELUDUPAN DAGING ANJING


(CNN) - Dimuatkan seketat-ketatnya ke dalam bakul dawai - kadang-kadang 20 atau lebih ekor anjing dimuatkan ke dalam satu sangkar - aktivis hak asasi haiwan berkata sebanyak 200,000 anjing hidup setiap tahun diseludup dari timur laut Thailand di Sungai Mekong dan haiwan2 itu berakhir di restoran di Vietnam.

Kehausan, tertekan, malah ada yang mati lemas dalam lawatan itu, anjing-anjing sering disusun 1,000 ekor ke dalam sebuah trak di dalam perjalanan yang memakan masa selama hari.

"Sudah tentu apabila anjing disusun di atas satu sama lain mereka mula menggigit antara satu sama lain kerana mereka merasa begitu tidak selesa, maka anjing di sebelah salah satu yang yang sedang digigit akan menggigit kembali," kata Tuan Bendixsen, pengarah haiwan Yayasan Asia Vietnam, kumpulan kebajikan haiwan yang berpangkalan di Hanoi.

Source: http://edition.cnn.com/2013/06/02/world/asia/thailand-dogs


Sinamu Rungus: KEEEEJAAAAAMMMM!!!!!

"That man intended to rape me but then he canceled it... it's strange..."


Thursday 16 October 2014

Now i know...


This ad caused over 500 car crashes in just 24 hours in Russia


Ribuan resah, khidmat feri Kimanis dihenti sementara


Perkhidmatan feri di pulau bebas cukai ini sedikit terjejas susulan pemberhentian sementara operasi feri Kimanis.
  
Operasi itu dihentikan sebulan lalu, menyebabkan beribu-ribu pengguna yang berulang-alik di laluan Labuan-Menumbok-Labuan berada dalam keresahan lebih-lebih lagi cuti persekolahan akan bermula tidak lama lagi.
  
Feri Kimanis dikendalikan oleh Juta Bonus Sdn Bhd.
  
Pengarah Jabatan Laut Malaysia di Labuan, Benjamin Benard Bijion memberitahu Bernama hari ini jabatannya banyak menerima aduan tentang perkhidmatan feri yang terjejas itu.
  
"Tidak dinafikan, pemberhentian operasi feri Kimanis telah menjejaskan perkhidmatan feri. Kami mahu operasi feri diteruskan untuk kemudahan penduduk Labuan dan Sabah," kata beliau.

Benjamin berkata pemberhentian operasi oleh feri Kimanis disebabkan masalah dalaman antara pengusaha dan pemilik feri.
  
Oleh kerana perjalanan dan aktiviti ekonomi pengembara terjejas, Benjamin menggesa pengusaha feri segera menyelesaikan masalah dalaman.
  
Benjamin berkata perkhidmatan feri di Labuan sekarang bergantung kepada dua pengusaha iaitu Labuan Ferry Corporation yang mengendalikan dua feri, Wawasan Perdana dan Warisan, serta Labuan Mainland Link Sdn Bhd dengan feri Putrajaya 1.
  
Kedua-dua pengusaha mengadakan dua dan tiga perjalanan sehari di laluan Labuan-Menumbok-Labuan.

Labah-labah dikeluarkan daripada perut lelaki Australia


SYDNEY: Seekor labah-labah dikeluarkan daripada perut seorang lelaki Australia selepas ia memasuki tubuh lelaki berkenaan dan hidup selama tiga hari.

Dylan Thomas berada di Bali, Indonesia untuk percutian apabila serangga kecil itu memasuki tubuhnya menerusi parut apendiks kecil, menyebabkan wujud bekas kemerah-merahan dari pusat ke dada.
Thomas menarik bajunya untuk menunjukkan kesan di mana serangga itu berada di dalam tubuhnya.
Ketika di Bali, beliau ke pusat perubatan tempatan dan diberikan 'antihistamin', iaitu ubat untuk menahan gatal bagi gigitan serangga.

"Selepas menjalani pemeriksaan dan memasukkan sesuatu ke dalam perut saya, mereka akhirnya menjumpai seekor labah-labah tropika yang hidup di dalam tubuh saya selama tiga hari," katanya dalam laman Facebooknya.

Selepas kembali ke Australia awal minggu ini, doktor mengeluarkan labah-labah itu.
"Mereka berjaya menarik keluar labah-labah itu, meletakkannya ke dalam bekas ujian dan membawanya pergi," kata Thomas yang kini digelar oleh rakannya sebagai 'Spider Man'.



Apple iPad Air 2

 


CUPERTINO, California: Apple Inc memperkenalkan beberapa varian baharu iPad yang turut menampilkan sistem pembayaran mudah alih dan Touch ID, sistem pengaktifan peranti menggunakan cap jari seperti pada iPhone.

Mengikut Apple, iPad Air 2 baharu lebih nipis daripada pesaingnya dengan kuasa pemain grafik yang dinaik taraf dan pelbagai ciri lain.

Barisan produk baharu berkenaan disasarkan untuk membantu Apple mengukuhkan kembali tapak penguasaannya dalam pasaran tablet yang kini semakin dikuasai syarikat lain yang menggunakan sistem operasi percuma, Google Android.


Pada pelancaran di sini malam tadi, Apple berkata, sistem pembayaran mudah alihnya dikenali Apple Pay yang membolehkan pengguna iPad dan iPhone menyentuh peranti mereka untuk membuat pembayaran di gedung runcit, akan mula beroperasi Isnin ini.

"Setakat bulan lalu sahaja, kami sudah memeterai perjanjian dengan 500 bank lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.

iPad Air 2 kini 18 peratus lebih tipis berbanding sebelumnya. Rekaan baharu setebal 6.1 mm (0.24 inci) menjadikannya tablet paling nipis di dunia, kata Naib Presiden Apple, Phil Schiller.

"Ia sangat nipis hinggakan anda boleh lapiskan dua tablet itu tapi kedua-duanya masih lebih nipis berbanding iPad pertama," tambahnya.

Dipadankan dengan badan aluminium, iPad Air 2 menggunakan pemproses A8X dan bateri yang bertahan hingga 10 jam. Dengan berat hanya 435 gram, tablet ini mempunyai dua kamera dan merakam video definisi tinggi.

Apple juga menaik taraf varian tablet lebih kecil, iPad Mini 3 yang turut mempunyai sistem Touch ID.
Peranti canggih berkenaan datang dengan tanda harga dari AS$399 (RM1,309) bagi iPad Mini 3 dan AS$499 (RM1,638) untuk iPad Air 2. Dengan itu, Apple akan menurunkan harga bagi varian iPad yang sedia ada di pasaran.

Mengikut Cook, iPad adalah peranti yang sangat laris dengan sejumlah 225 juta sudah dijual sejak dilancarkan empat tahun lalu.

Bagaimanapun, dalam pasaran tablet yang semakin menyederhana, peranti keluaran pesaing menggunakan platform Android semakin meraih bahagian pasaran lebih besar.

Mengikut firma penyelidik, Strategy Analytics, Android menguasai 70 peratus pasaran tablet pada suku kedua tahun ini, manakala 25 peratus lagi oleh Apple, walaupun ia masih kekal sebagai penjual individu terbesar.

Dalam pada itu, Apple turut mengumumkan sistem operasi OS X untuk desktop dikenali Yosemite kini boleh dimuat turun untuk naik taraf pecuma bagi komputer Mac.

OS baharu itu menampilkan ciri dikenali "handoff" bagi membolehkan pengguna bertukar antara peranti Apple dan menyambung guna aplikasi seperti menulis e-mel umpamanya.

Apple juga memperkenalkan komputer iMac dengan paparan Retina 27-inci dan varian naik taraf Mac mini dengan tanda harga lebih rendah.

PERPINDAHAN BESAR 4 Liga Utama Eropah 2014

Wednesday 15 October 2014

Cooling System Modification (Laptop)


# Laptop's Cooling System Modification

Kalau kamu betul2 syg laptop kamu dan ada budget lebih. Pergilah modify cooling system (fan bypass) laptop kamu. Why?

Coz di dalam laptop kamu ada dua processor. Processor pertama dipanggil 'cpu'. Cpu ni yg kita panggil intel pentium, intel i3, i5 i7, amd sempron, amd athlon x2 dan sebagainya. Dan processor yang ke-2 dipanggil gpu. Kalau laptop kamu guna nvidia or ati graphic.. itu lah yg dipanggil gpu. Gpu memproses apa yang kita nampak pada monitor screen.

CPU = central processing unit
GPU = graphical processing unit

Cpu & Gpu berkongsi satu cooling fan. Kita bayangkan cooling fan terletak di tengah2 antara cpu dan gpu. Bila CPU bnyk berkerja, contohnya copy files dari pendrive ke dalam computer dan sambil mendengar mp3, cpu akan lebih cepat panas, maka heat sensor yg berada berdekatan dgn cpu dapat mengesan haba dari cpu lalu sensor itu sendiri juga akan menghantar signal kepada cooling fan. Signal ini akan trigger kipas supaya berpusing dan sekaligus menyejukkan cpu dan gpu.

Namun bila kita banyak menggunakan software yang melibatkan penggunakan grafik seperti menonton movie atau bermain game, kita lebih banyak menggunakan gpu berbanding cpu. Oleh itu, gpu berkerja lebih kuat dan menghasilkan haba. Di sini masalah akan timbul kerana tidak ada sensor yang dikhaskan untuk mengesan haba kepanasan yg dihasilkan oleh gpu tadi. Oleh itu kipas tidak akan berpusing untuk menyejukkan gpu. So gpu terpaksa bergantung pada cpu.., berharap cpu juga turut panas agar sensor yg berdekatan dgn cpu menghantar isyarat pada cooling fan supaya mula berpusing. Dengan itu cpu dan gpu bersama-sama dapat disejukkan.

Let say, sensor tidak berfungsi... atau cooling fan itu sendiri yang tidak berfungsi:

- Laptop akan mati jika cpu mencapai darjah kepanasan tertentu. Kerana cpu akan auto-off secara automatik bila darjah kepanasan tertentu tercapai.
- Tapi gpu tidak akan mati secara automatik hinggalah gpu BURNT. Kita hanya akan sedar masalah ini selepas next-restart.

Ini lah masalah yg kerap berlaku pada kebanyakkan laptop. Simtom kerosakkan gpu ialah: laptop boleh on tapi tiada display dan cuma blinking lights pada keyboard.

So langkah utk mencegah kerosakkan gpu ialah dgn bypassing fan. Setelah modify, fan akan mula berputar sebaik sahaja laptop on dan akan sentiasa berputar tanpa perlu menunggu cpu atau gpu panas (sensor disabled). Ini sekaligus menambah-baik performance cpu dan gpu kerana sentiasa sejuk. Ini juga akan menambah life span cpu dan gpu kamu. KALAU laptop kamu sepatutnya bertahan selama 5tahun tanpa kerosakan, dgn modify fan laptop cara ini, laptop kamu akan bertahan selama 7-8tahun berbanding 5tahun tadi.

Sebelum modify fan tadi, habuk perlu dibuang habis dari heatsink dan motherboard. Selain daripada itu, fan bypassing sepatutnya disertakan sekali dgn thermal pad replacement pada cpu dan gpu. thermal pad ini seperti chewing gum yg dipasang di atas cpu dan gpu. Thermal pad berfungsi untuk menyerap haba panas dari cpu dan gpu dan mengalirkan haba panas tersebut kepada heatsink (melalui heatpipes). Kebanyakan kilang pengeluar melekatkan thermal pad yang kurang berkualiti: mudah keras. bila ianya menjadi keras, ia tidak akan dpt menyerap haba lagi. sebab itu ianya perlu ditukar sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Bawa lah laptop kamu ke mana2 kedai yg boleh membaiki motherboard dan minta kedai tu modify. Saya kurang pasti dengan harga di kedai lain. Tapi harga di kedai Prodigy-Sabahtech - RM50-80.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-


Call/sms/whatsapp: 016 - 83 44 161

Alamat Premis:

PRODIGY-SABAHTECH
(signboard: CKV Cuci Gambar),
Tingkat 3 Wawasan Plaza (berdepan food-court),
Kota Kinabalu.
(bersebelahan dengan terminal bas wawasan)

& Indah Permai, Sepanggar.

Operation hours:
- 11am-8pm (ISNIN, RABU & JUMAAT) - Wawasan Plaza, KK.
- 11am-8pm (SELASA & KHAMIS) - Indah Permai, Sepanggar.
- SABTU TUTUP
- Ahad untuk appointment sahaja. Sila call/sms pada isnin-jumaat untuk membuat temujanji pada hari ahad.

#Sabah #Technology #Malaysia #KotaKinabalu #Computer #Services #AutoOff #AutoRestart #GPUreplacement #CPUreplacement #Chipset #Laptop #Fan #Bypass #Modification


PRODIGY-SABAHTECH services - Reformat, Laptop Screen, Keyboard & Battery Replacement

Reformat, Reinstall Windows & Basic Software Installation

Komputer kamu selalu hang? proses terlalu slow? banyak error yg muncul? tidak boleh masuk windows? or saja mahu upgrade?

Kami dapat bantu!

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

REFORMAT + REINSTALL WINDOWS 7 / 8.1 = RM40

- Free data backup (save file2 penting)
- Free System Tweaks (baca #tweaks)
- Anti-virus (boleh pakai sampai bila2..)
- complete basic software
- 1year warranty

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

#TWEAKS
Kami juga akan tweak system computer agar lebih laju berbanding biasa.. contohnya seperti:

* Internet 20% lebih laju berbanding biasa..
* System response 50% lebih cepat..
* Mozilla Firefox 30% lebih laju melayari internet daripada biasa
* Windows Start n shut down lebih laju berbanding kecepatan normal
* processor tidak dibebankan dgn software yg banyak (ini membantu jangka hayat processor, ram & hard disk secara tidak langsung)

dan banyak lagi! Semua ini hanya dalam RM40~ :)

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-






Laptop Screen Replacement


Screen anda pecah? retak? berbelang? Mempunyai garisan putih? gelap? malap? Banyak bintik putih?

Kami ada penyelesaiannya!

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Screen Replacement: RM270

ADA SPECIAL PRICE UTK DEALER / TECHNICIAN / FREELANCE TECHNICIAN

- Free Reformat (optional... jika mahu)
- Harga bergantung pada model laptop. sila call/sms kami dan beritahu specific model laptop sekali~

Cth: Acer Aspire 4738, Compaq CQ40, HP-G4, Asus
A42S... etc..

Pemasangan siap dalam masa 30minit. Jika stok tiada, pemasangan siap dalam tempoh 3hari masa bekerja. Kami juga menjual screen terpakai.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-













Laptop Battery Replacement




Replacement Laptop Battery for Acer Aspire 4253, 4551, 4552, 4738, 4741, 4750, 4771, 5251, 5253, 5551, 5552, 5560, 5733, 5741, 5742, 5750, 7551, 7552, 7560, 7741, 7750, AS5741 Series

- 6cells RM150
- 9cells RM175

Other brand available: HP, Compaq, Sony, Dell, Toshiba, Asus etc..

Sila call/sms/whatsapp kami dan beritahu specific model laptop sekali~

Cth: Acer Aspire 4738, Compaq CQ40, HP-G4, Asus
A42S... etc..

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-













Laptop Keyboard Replacement




Laptop #keyboard for Acer Aspire 4738 4738G 4738Z 4738ZG 4741 4741G 4741Z 4741ZG 4735, 4736 4736Z 4736G 4733

RM160, NEW, 3months warranty

Other brand available: HP, Compaq, Sony, Dell, Toshiba, Asus etc..

Sila call/sms/whatsapp kami dan beritahu specific model laptop sekali~

Cth: Acer Aspire 4738, Compaq CQ40, HP-G4, Asus
A42S... etc..



=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-







Contact Us Now!




Alamat Premis:

PRODIGY-SABAHTECH
(signboard: CKV Cuci Gambar),
Tingkat 3 Wawasan Plaza (berdepan food-court),
Kota Kinabalu.
(bersebelahan dengan terminal bas wawasan)

& Indah Permai, Sepanggar.

Operation hours:
- 11am-8pm (ISNIN, RABU & JUMAAT) - Wawasan Plaza, KK.
- 11am-8pm (SELASA & KHAMIS) - Indah Permai, Sepanggar.
- SABTU TUTUP
- Ahad untuk appointment sahaja. Sila call/sms pada isnin-jumaat untuk membuat temujanji pada hari ahad.



#Sabah #Technology #Malaysia #ICT #IT #KotaKinabalu #Repair #Computer #Laptop #Notebook #Netbook #Smashed #Cracked #Screen #Display #Replacement #Battery #Keyboard


Motherboard Cleaning (Laptop)


Bila kali terakhir kamu 'service' laptop kamu? Setahun yg lepas? Atau tidak pernah langsung?

Habuk yang ada di dalam laptop kamu akan kelihatan seperti dalam gambar.

Antara sebab utama punca kerosakkan motherboard ialah bila haba panas di dalam laptop tidak dapat ditiup keluar oleh kipas kerana lubang2 pada heatsink sudah tersumbat (lihat gambar). Maka itu, beberapa komponen penting seperti chipset, cpu dan gpu akan rosak akibat dari masalah 'over-heated'

Servis laptop kamu sekurang-kurangnya 4-bulan sekali, bergantung pada tempat kediaman. Kalau tinggal di kawasan yang berhabuk, contohnya rumah yang terletak di tepi jalan raya atau berdekatan dengan construction site, penjadualan servis sepatutnya lebih kerap.

Servis yg dimaksudkan di sini ialah:

1. buang habuk di keseluruhan dalam laptop
2. tukar thermal pad & tambah thermal paste

Utk servis buang habuk & tukar/tambah thermal tu cuma RM35. Janganlah berkira sangat. Kalau motherboard rosak, kos utk repair mencecah RM280!

Motherboard Cleaning hanya RM40.

Motherboard Cleaning + Reformat + Data Backup + Tweaks = RM70

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-




Call/sms/whatsapp: 016 - 83 44 161

Alamat Premis:

PRODIGY-SABAHTECH
(signboard: CKV Cuci Gambar),
Tingkat 3 Wawasan Plaza (berdepan food-court),
Kota Kinabalu.
(bersebelahan dengan terminal bas wawasan)

& Indah Permai, Sepanggar.

Operation hours:
- 11am-8pm (ISNIN, RABU & JUMAAT) - Wawasan Plaza, KK.
- 11am-8pm (SELASA & KHAMIS) - Indah Permai, Sepanggar.
- SABTU TUTUP
- Ahad untuk appointment sahaja. Sila call/sms pada isnin-jumaat untuk membuat temujanji pada hari ahad.



#Motherboard #Cleaning #Service #Dust #Thermal #Clogged #Overheat #Hot #Maintenance


JPJ buat operasi khas mulai 1 November ini

Bermula 1 November ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi khas terhadap kesalahan berkaitan nombor pendaftaran, penggunaan Strobe Light dan Lampu HID terhadap pengguna kenderaan di seluruh negara.


Bagi tiga kesalahan berkenaan, pengguna yang dikesan akan diberi saman dan notis larangan serta merta.

Kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu.

Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu, maka kompaun berkenaan akan meningkat antara maksimum RM200 hingga RM250 selepas sebulan tidak dibayar.

Orang ramai juga diberikan masa sehingga 1 Mei tahun depan bagi mematuhi peraturan cermin gelap menerusi Kadar ketelusan cahaya (Visible Light Transmittance -VLT) yang sudah ditetapkan.

Samsung Note 4 mula dijual esok!



Samsung Galaxy Note 4, yang dinanti-nantikan ramai, akan dijual mulai 17 October 2014, esok!


Samsung Malaysia Electronics berkata 100 pelanggan pertama yang membeli Note 4 di Samsung Experience Stores dan pengedar sah yang mengambil bahagian, akan menerima secara percuma 'Gear Circle', peranti bergaya dan rantai intuitif yang berfungsi sebagai fon telinga.

Gear Circle, adalah antara pelbagai tawaran yang boleh didapati di pameran bergerak tiga hari itu, katanya.

"Pameran bergerak itu sebagai satu cara untuk memperkenalkan pengalaman baru melalui peranti terbaharu kami. Melaluinya, pengguna kami boleh mengaitkan produk kami dengan gaya hidup mereka yang akan memudahkan tugas seharian," kata presiden syarikat, Lee Dong Yong.

Samsung dan rakan kongsi, Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis, akan membuka ruang perkhidmatan mulai 17 hingga 19 Oktober ini di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall bagi membolehkan pengguna membeli dengan mudah.

Galaxy Note4 boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas.

Isu Sabah Keluar Malaysia: Dengar dulu jangan ancam, kata MP


Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) menggesa kerajaan supaya tidak mengancam pihak yang meniupkan sentimen untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Sebaliknya, beliau menyarankan kerajaan mendengar dahulu masalah yang dicetuskan oleh kumpulan intelektual yang mendakwa wujud ketidakadilan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

"Di Sabah kebelakangan ini kita nampak, dengar dan baca ada kumpulan-kumpulan intelektual yang terpelajar - mereka ini bercadang meminta Sabah keluar dari Malaysia.

"Ini kita tak boleh pandang ringan Datuk Speaker kerana mereka ini intelektual.

"Mungkin ada perkara-perkara yang mereka fikirkan Sabah tidak dapat - tidak ada pembahagian sama rata di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.


"Jadi kita nampak pemimpin, menteri datang mereka ini mengancam untuk mengambil tindakan.

"Ini cara dahulu, kita sudah maju kita tak mahu ancaman. Kita mahu kerajaan Persekutuan mendengar masalah mereka ini.

"Kita tak mahu apa yang disuarakan semuanya salah, dengar dahulu," kata Abdul Ghapur di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 11 Spetember polis menahan tiga individu selama dua tahun di pusat pemulihan kerana mempunyai kaitan dengan usaha pihak tertentu untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia.

Wanita bakar diri akibat tanggung hutang

Kerana tertekan akibat menanggung hutang besar dengan pengendali pinjaman haram, seorang wanita membakar dirinya di pusat aduan kerajaan yang terletak berdepan dengan Rumah Kerajaan di Bangkok semalam.




Sungwein Raksapet, 57, yang melecur 50 peratus bahagian badan, telah dimasukkan wad di unit rawatan rapi Hospital Vajira. 
  
Wanita itu dikatakan telah mendapatkan pinjaman daripada pengendali pinjaman haram di tempat asalnya di wilayah Lopburi, bahagian tengah Thailand.
  
Bagaimanapun, wanita itu menyedari beliau ditipu bila hutangnya tiba-tiba melonjak hingga 1.5 juta baht, tidak lama kemudian. Jumlah pinjaman asal tidak diketahui.
  
Pagi semalam, Sungwein yang naik marah mengembara 153km ke Bangkok untuk mengemukakan aduan terhadap pengendali pinjaman haram itu.

Bagaimanapun, ketika pegawai sedang menguruskan aduannya, beliau mencurah petrol ke badannya dan menyalakan api di hadapan mereka, kata Lt. Pol. KingpetSettiya, pegawai penyiasat di balai polis Dusit.
  
Menurut pengarah Vajira Hospital, Dr Pollert Phanthanakul, Sungwein dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bercakap kerana 50 peratus badannya melecur.

Kisahnya menarik perhatian menteri di pejabat Perdana Menteri, Panadda Diskul, yang menziarahinya di hospital.