Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Wednesday 15 October 2014

Wanita bakar diri akibat tanggung hutang

Kerana tertekan akibat menanggung hutang besar dengan pengendali pinjaman haram, seorang wanita membakar dirinya di pusat aduan kerajaan yang terletak berdepan dengan Rumah Kerajaan di Bangkok semalam.




Sungwein Raksapet, 57, yang melecur 50 peratus bahagian badan, telah dimasukkan wad di unit rawatan rapi Hospital Vajira. 
  
Wanita itu dikatakan telah mendapatkan pinjaman daripada pengendali pinjaman haram di tempat asalnya di wilayah Lopburi, bahagian tengah Thailand.
  
Bagaimanapun, wanita itu menyedari beliau ditipu bila hutangnya tiba-tiba melonjak hingga 1.5 juta baht, tidak lama kemudian. Jumlah pinjaman asal tidak diketahui.
  
Pagi semalam, Sungwein yang naik marah mengembara 153km ke Bangkok untuk mengemukakan aduan terhadap pengendali pinjaman haram itu.

Bagaimanapun, ketika pegawai sedang menguruskan aduannya, beliau mencurah petrol ke badannya dan menyalakan api di hadapan mereka, kata Lt. Pol. KingpetSettiya, pegawai penyiasat di balai polis Dusit.
  
Menurut pengarah Vajira Hospital, Dr Pollert Phanthanakul, Sungwein dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bercakap kerana 50 peratus badannya melecur.

Kisahnya menarik perhatian menteri di pejabat Perdana Menteri, Panadda Diskul, yang menziarahinya di hospital.