|
Ruth Rose |
Bekas pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja British menjadi individu
paling tua di negara itu yang menjalani pembedahan tukar jantina pada
usia 81 tahun.
Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya.
Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah."
Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan
itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar.
Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk
menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.
|
James |
Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu.
Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu
dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi
dirinya menerusi pembedahan.
Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki.
"Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini.
Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan
dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama
ini.
Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu.
"Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika
keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita,"
katanya.
Prosedua dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.
"Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat
menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya.

Prosedur dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.