Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Thursday 6 November 2014

Dua pelajar belasah murid tahun lima sudah dibuang sekolah [VIDEO]



KANGAR: Pengarah Pendidikan negeri (JPN), Dun Kasa mengesahkan dua daripada tujuh pelajar sekolah menengah berusia 14 dn 13 tahun yang didakwa membelasah seorang murid tahun lima dalam rakaman video klip di asrama anak yatim di sini pada penghujung Mei lalu sudah dikenakan tindakan buang sekolah.



Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa dua pelajar itu bukan saja dibuang sekolah kerana kes berkenaan tetapi juga disebabkan beberapa kesalahan disiplin yang lain.

"Saya ada melawat sekolah pelajar berkenaan dan diberitahu mengenai tindakan yang dikenakan terhadap mereka.

"Dua dibuang sekolah, manakala lima lagi diberikan amaran.

"Pihak jabatan sememangnya maklum mengenai kejadian yang berlaku Mei lalu itu tetapi ia berlaku di asrama seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bukan pengurusan JPN," katanya, ketika ditemui, di sini tadi.

Dun berkata, mangsa juga masih belajar di sekolah yang sama dan menginap di asrama berkenaan.