Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!
Showing posts with label Politic. Show all posts
Showing posts with label Politic. Show all posts

Monday, 24 November 2014

China bina PULAU TIRUAN di kepulauan Spratly



China merancang membina sebuah pulau tiruan di Laut China Selatan untuk digunakan sebagai pangkalan tentera, lengkap dengan landasan kapal terbang dan pelabuhan.

Akhbar South China Morning Post memetik seorang pegawai sebagai berkata, pulau berkenaan akan disambung dengan Beting Fiery Cross, bahagian Kepulauan Spratly yang terbabit dalam tuntutan bertindih dengan negara lain.

Rancangan itu, jika diluluskan akan menjadi petanda selanjutnya mengenai perubahan taktik China dalam menangani pertikaian berkait dengan tuntutan hak ketuanan.



Filipina bulan lalu membantah kegiatan menebus guna tanah yang dilakukan China berhampiran Beting Johnson South, kawasan yang menyaksikan pertelingkahan bersenjata meletus antara tentera China dengan Vietnam pada 1988 ekoran pendudukan Beijing ke atas beting itu.

Dengan perkembangan terbaru di Laut China Selatan yang menyebabkan China menjadi tumpuan antarabangsa, penganalisis memberi amaran, kerja menebus semula tanah di Beting Fiery Cross yang dituntut oleh China, Filipina dan Vietnam, akan memburukkan lagi hubungan Beijing dengan negara jirannya.

Sekiranya ia siap kelak, pulau buatan manusia itu akan dua kali ganda lebih daripada pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia di Lautan Hindi.

Seorang pegawai kanan tentera berkata, landasan kapal terbang di pulau itu membolehkan China bersiap sedia untuk mewujudkan zon pengenalan pertahanan udara di Laut China Selatan.

“Kami berupaya membina pulau buatan sejak dulu tetapi tidak berbuat demikian kerana tidak mahu mencetuskan kontroversi,” kata pakar keselamatan serantau China, Zhang Jie.

Friday, 21 November 2014

Azmin Janji Bantu 260 ekor anjing yang diusir...


Baru sahaja Menteri Besar ini hangat diperkatakan dan dipuji ramai pihak kerana memulangkan Al-kitab yang dirampas, kini beliau sekali lagi mengejutkan ramai pihak dengan berjanji membantu haiwan yang diusir...

Arahan untuk mengusir sebanyak 260 ekor anjing dan 280 ekor kucing terlindung di Persatuan Kebajikan Haiwan (PAWS) kini ditangguhkan selepas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menggantung sementara notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Petaling.

Notis yang mengarahkan PAWS supaya mengosongkan tanah milik kerajaan negeri dihantar kepada pusat perlindungan tersebut pada 10 November lalu.

Azmin berkata beliau akan meneliti mengenai perkara itu.

"Saya akan berbincang dengan pegawai daerah dan melihat bagaimana cara terbaik supaya perkara ini boleh diselesaikan," katanya di sebuah majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini, Selasa.

Pengurus PAWS, Edward Lim menemui Azmin pada majlis tersebut bagi merayu mengenai masalah berkenaan.

Azmin berkata satu mesyuarat antara PAWS dan pejabat tanah sudah diatur di sekretariat kerajaan negeri.

Ia akan diadakan hari ini (Rabu).

Ditanya sama ada PAWS akan diberikan Lesen Pendudukan Sementara (TOL), Azmin berkata butiran itu akan diteliti terlebih dahulu.

Sementara itu Lim berkata, beliau kini berasa lebih lega selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar.

"Kami berada dalam keadaan serba salah tapi kata-katanya (Azmin) yang meyakinkan dan penangguhan notis pengusiran memberikan kami sedikit harapan," kata Lim.

Beliau berkata PAWS menduduki tapak sedia ada sejak penubuhannya 28 tahun lalu.

Thursday, 6 November 2014

Kerajaan Malaysia menggodam laman web Amerika yang memuatkan laporan rasuah di Malaysia...



Bruno Manser Fund (BMF) mendakwa bahawa kerajaan Malaysia dikesan menggodam laman web yang memuatkan laporan mengenai buku ‘Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia’ tulisan Lukas Straumann.


Buku tersebut mendakwa berlaku amalan rasuah di pihak bekas ketua menteri Sarawak itu yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya berhubung dengan industri pembalakan di negeri itu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BMF semalam mendakwa Environment News Service (ENS) yang berpangkalan di di Amerika Syarikat melaporkan bahawa laman webnya diserang kerana menyiarkan laporan mengenai buku tersebut.

"Sejurus selepas siaran akhbar anda mengumumkan buku itu dihantar, server ENS dan World-Wire teruk diserang. Pasukan keselamatan kami mengesan laluan kembali kepada kerajaan Malaysia. Mereka berjaya menutup server kami selama kira-kira dua jam, " kata kenyataan itu.

Penulis buku itu, Straumann, yang yang pengarah eksekutif BMF, berkata serangan terhadap laman web ini mengejutkan kerana ia adalah haram untuk berbuat demikian.

Pihaknya menuntut penjelasan daripada kerajaan Malaysia dan jaminan bahawa pegawai-pegawai Malaysia tidak akan melakukan apa-apa langkah-langkah lanjut untuk menghalang pengedaran dan laporan mengenai buku itu.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

"Panggil Saya Jokowi" - Presiden Indonesia


Walaupun sudah bergelar presiden, Joko Widodo mahu kekal dikenali dan dipanggil dengan nama gelarannya sebelum ini - Jokowi.

“Lebih aneh jika saya dipanggil Encik Widodo atau Presiden Widodo.

“Justeru, cuma panggil saya Jokowi, atau Presiden Jokowi jika anda tetap mahu menggunakan gelaran rasmi saya,” katanya.

Bermula sebagai tukang kayu dan peniaga perabot, Jokowi mula dikenali apabila menjadi Datuk Bandar Solo sebelum menjadi Gabenor Jakarta.


Penampilannya yang bersahaja, tanpa protokol dan mudah didekati menjadikan Jokowi tokoh yang disengani ramai sehingga berjaya dalam pilihan raya presiden, Julai lalu.

Situasi sama pada isterinya, Iriana apabila gelaran Wanita Pertama Indonesia yang diterima tidak akan mengubah dirinya menjadi ‘orang lain.’

Ditanya pula pengalaman malam pertama mendiami Istana Presiden iaitu kediaman rasmi pemimpin nombor satu republik itu, kata Jokowi, dia tidur lena dan semakin selesa di kediaman rasminya itu.

“Saya pernah menetap di bangunan lama di Solo.

“Istana Presiden ini juga bangunan lama dan saya tak ada masalah,” katanya.

Wednesday, 5 November 2014

12 keraguan Munasabah Kes Liwat II Anwar-Saiful



1. Pihak pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan sampel 'Lelaki Y' yang dikaitkan dengan kes liwat Saiful ialah Anwar Ibrahim. Siapa sebenarnya yang telah meliwat Saiful menjadi tanda tanya.

2.
18 alel ditemui di tuala yang didakwa digunakan oleh Anwar yang bukan milik Anwar. Jude Periera (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya. Tuduhan terhadap Anwar sepatutnya lucut serta merta sama seperti Hanif, seorang jurutera di Shah Alam yang dibebaskan daripada kes pembunuhan Norita Samsuddin kerana terdapat kehadiran air mani atau DNA orang lain pada Norita.Allele(alel) definition: each of two or more alternative forms of a gene that arise by mutation and are found at the same place on a chromosome.

3. T
iada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor HKL. Jude membuka beg plastik yang mengandungi sampel daripada Saiful. Ia (sampel) mungkin dikompromi.

4.
Doktor Hospital Kuala Lumpur tidak menemui sebarang tanda koyakan pada dubur atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful. Justeru terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Dr Mohd Osman (Doktor HKL) mendapati dubur Saiful dalam keadaan normal. Timbul keraguan bagaimana air mani boleh ditemui di dalam rektum
apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration).

5. Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit. Kenyataan bercanggah yang mungkin disebabkan pembohongan.

6. Jika Saiful diliwat tempoh yang lebih lama (30minit) , akan terdapat tanda-tanda kecederaan. Tapi doktor HKL tidak menemui sebarang kecederaan. Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful.

7.
Laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi peliknya tiada luka akibat mempertahankan diri. Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan. Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi peliknya tiada kecederaan.

8.
Tiada kesan air mani pada seluar dalam Saiful selepas insiden itu. Seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan air mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.
Jika kesan air mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden. Peguam bela Anwar menyifatkan ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela tentang air mani tersebut.


9. Sampel yang diambil daripada Saiful boleh dipersoalkan integritinya. Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun dan ia diberi kepada Jabatan Kimia pada 30 hari bulan. Sampel daripada Saiful patut disimpan dalam peti sejuk tetapi sebaliknya disimpan dalam kabinet Supt Jude Pereira. Sapuan pada dubur hanya diberikan kepada ahli kimia selepas 96 jam selepas insiden didakwa berlaku itu. Ahli kimia kerajaan bersetuju bahawa akan berlaku penurunan (degradation) selepas 36 jam. Sampel itu tidak sah untuk diguna-pakai.

10. Terdapat DNA lelaki yang tidak diketahui (bukan milik Anwar) ditemui pada sampel sapuan perianal Saiful. Sampel ini tidak boleh dipercayai dan tidak sah untuk dikaitkan dengan Anwar.

11.
Laporan polis Saiful menyebut insiden liwat berlaku pada jam 3.30 petang di unit(rumah) bernombor 11-5-1, Kondominium Desa Damansara. Saiful menyebut dia dipaksa mengambil posisi di atas permaidani. Tetapi permaidani sutera cina yang menjadi bahan bukti pendakwaan diambil dari unit bernombor 11-5-2 (bersebelahan dengan unit 11-5-1). Dan tiada bukti(rekod) pemindahan permaidani dilakukan dan tidak ada sebab pemindahan dilakukan. Bahan bukti ini tidak boleh dipercayai.

12. Testimoni Najwan yang menyebut Saiful biasanya memuat naik gambarnya bersama pemimpin-pemimpin dan logo BN di samping gambar Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “pemimpin munafik” Tetapi Najwan terkejut, Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu(Anwar)


---------------------------------------------------------

TAHUKAH ANDA.. video rakaman yang kononnya Saiful bersumpah lakhnat di depan kaabah (untuk bersumpah bahawa beliau diliwat) menggunakan teknik Green Screen (Saiful tidak betul2 berada di Makah). Ini meragukan ramai orang bahawa beliau benar-benar diliwat. Pembohongan di dalam video ini mencerminkan sifat diri Saiful yang sanggup berbohong atas nama Allah.


TAHUKAH ANDA... pada 1998, Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Peguam bela membuktikan ketika tarikh Azizan diliwat, bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud..kuang kuang kuang..

Cerita di sebalik Kes Liwat Anwar-Azizan >>> CLICK HERE <<<

< 2 ratus ribu Peminjam PTPTN bakal DISENARAI-HITAMKAN - Anda terlibat?


PTPTN beri tempoh 2 bulan pada peminjam tegar

 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyarankan peminjam yang belum mula membuat pembayaran balik mempunyai tempoh dua bulan untuk berunding bagi tujuan itu.

Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata peminjam mempunyai tempoh selewat-lewatnya 31 Disember ini untuk berbuat demikian di 25 pejabatnya seluruh negara sebelum pelaksanaan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). 

 
Shamsul Anuar berkata penyenaraian peminjam dalam CCRIS untuk menggalakkan mereka agar lebih berdisiplin membuat pembayaran semula sebelum ia dilaksana pada Januari 2015.
Seramai 173,985 peminjam bakal berdepan dengan penyenaraian itu, katanya.

Apa respon orang ramai dan apa pula respon mereka yang sudah/sedang membayar balik pinjaman?

Berikut ialah gambar yang saya ambil dari facebook page Suara Rakyat, sebuah page yang mengetengahkan isu-isu nasional khususnya politik.




Berikut ialah gambar yang saya ambil dari facebook page Negara Sabah, sebuah page yang mengetengahkan isu-isu semasa Sabah terutamanya isu politik.


Tuesday, 4 November 2014

Di sebalik kes LIWAT Anwar Ibrahim Yang Anda Perlu Tahu



Saya adalah seorang anak jati Sabah dan saya tidak menyokong politik Anwar Ibrahim di Sabah. Kami orang Sabah berpendapat bahawa, parti politik semenanjung dan agendanya biarlah kekal di semenanjung sahaja. Biar parti politik tempatan Sabah yang mengemudi Sabah. Kami Sabahans yang tulin menolak mana-mana parti dari Barisan Nasional dan juga parti-parti dari Pakatan Rakyat di Sabah. TAPI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM INI NAMPAKNYA SATU PENINDASAN DAN PENGANIAYAAN YANG TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH MANA-MANA MANUSIA YANG PERCAYA DAN BENAR-BENAR MEMATUHI PERINTAH ALLAH.

KES LIWAT ialah bukan tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. 


Tuduhan ini bertujuan untuk memastikan manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalukan dan memburukkan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara. Tapi MENGAPA?



Kes liwat Saiful ini sebenarnya adalah kesinambungan kes liwat Azizan 1998. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara bertindak pada tahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan agenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014.


Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Parti Ketuanan Melayu ini telah 'membelot;. Belot siapa? Membelot Negara? TIDAK. Anwar membelot UMNO.


Pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah di serata pelosok dunia. Banyak syarikat kroni UMNO telah bungkus @ gulung tikar. Ketika krisis ekonomi ini berlaku, Anwar ialah menteri kewangan. Mahathir Muhamad ketika itu ialah perdana menteri.


Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderung dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melingkupkan syarikat kroni dan juga syarikat cucu lelaki Iskandar Kutty sendiri.

Mahathir tidak mahu syarikat kroni dan anak cucunya terjejas. Oleh itu dia tidak boleh menerima cara Anwar Ibrahim. Cara Anwar itu ialah satu pembelotan dan derhaka bagi UMNO kerana tidak menguntungkan ahli UMNO, keluarga ahli dan kroni-kroni mereka.


Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty di satu pihak dengan Tun Daim sebagai panglima manakala Anwar Ibrahim di satu pihak dengan Abim, Ezam, Azmin, Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniaga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang.


Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampuk kuasa. Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang di kepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru itu, satu konspirasi dirancang.


Dalam kaca mata UMNO, Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama orang Melayu. Sesiapa yang menghalang UMNO dari kegiatan melanun harta negara ialah pembelot UMNO.



Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah Anwar bukan meliwat. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan terhadap UMNO. Anwar belot dan lari dari gerombolan Ketuanan Melayu.


Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.


Tapi Kenapa Anwar belot?


Dari segi pensejarahan, selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal perdana menteri. Ketika di puncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia.


Sebagai Mat Santa Klaus, sebagai pemegang mohor gula melaka, Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis 'contract junkies' yang mahukan projek. Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampuk kuasa.


Pada awalnya ketika di tampuk kuasa, Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 menjadi dilema negara ketika itu, semuanya berubah.

Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikehendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni. Ini pecah amanah namanya. Amanah yang dipikul oleh Anwar ialah amanah rakyat. Oleh itu, Anwar TIDAK bersetuju.


Dasar 'bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini berulang. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara.



kondominium Tivoli Villas Bangsar
Tahukah anda, pada 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila peguam bela membuktikan tarikh Azizan diliwat, bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud.. ops..!! lalu tarikh liwat diubah-suai. Ini lah yang berlaku pada perbicaraan di mahkahmah pada tahun 1999.

Tahukah anda, terdapat keraguan munasabah pada kes liwat II yang melibatkan Saiful Bukhari sebagai si pengadu dan Anwar Ibrahim sebagai si perayu? Click di sini untuk membaca keraguan-keraguan yang timbul selepas penyiasatan terperinci yang mungkin membuktikan Saiful berbohong bahawa beliau diliwat.
 

Di sini saya ingin memberitahu bahawa mahkamah wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga seperti SPRM wujud untuk membanteras rasuah, SPR pula wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera UMNO.


Dalam negara Dunia Ketiga seperti Malaysia, mahkamah ialah jentera dan alat UMNO untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya'. Mahkamah tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpaskan dan memenjarakan musuh politik.


-------------------------------------------

Penulisan ini milik asal Hishamuddin Rais, tapi diolah dan disusun semula dengan menggunakan bahasa yang lebih mudah untuk difahami. (bahasa yang digunakan oleh beliau agak tinggi level keputisannya dan mungkin menyukarkan pembaca yang lain untuk memahaminya)

Sunday, 2 November 2014

"Islam tak ajar kita halang pembinaan rumah ibadat agama lain"


Sekumpulan gabungan NGO hari ini membantah rancangan pembinaan sebuah gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya, yang menurut mereka kawasan itu didiami ramai orang Melayu beragama Islam.

Mengulas demonstrasi berhubung isu tersebut hari ini, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Islam tidak mengajar pengikutnya untuk menghalang pembinaan rumah ibadah bukan Islam. Beliau mempertahankan rancangan pembinaan sebuah gereja dalam kawasan yang diwakilinya.

"Islam tak ajar kita halang pembinaan rumah ibadat agama lain," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau yang juga exco pendidikan Selangor berkata lokasi pembinaaan gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya itu telah dizonkan sebagai kawasan pembinaan rumah ibadah bukan Islam.

Masalah DEMOKRASI di Malaysia paling KRITIKAL di dunia ?


Washington Post mengingatkan Barack Obama berkaitan seruannya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mempertahankan demokrasi di dunia dan usaha mempertahankan demokrasi sepatutnya bermula di Malaysia.

Akhbar itu melaporkan bahawa mereka tidak melihat banyak usaha susulan yang dibuat oleh Obama berhubung janjinya itu. Barack Obama dalam manifestonya berjanji untuk mempertahankan demokrasi di dunia.

Akhbar itu semalam berkata salah satu "perkara paling mendesak" ada di Malaysia.

Ini berhubung pendakwaan yang sedang berlangsung terhadap pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat yang disifatkan sebagai "kes jenayah yang menjelekkan" yang memerlukan perhatian Obama.

Saturday, 1 November 2014

Harga Minyak TURUN!


BETUL! ini bukan bohong... Harga minyak dunia turun sejak 1 Oktober yang lepas...!


Media antarabangsa melaporkan bahawa harga minyak dunia merosot dengan kontrak utama Amerika Syarikat jatuh 3.6 peratus kerana permintaan yang rendah dan lembab.

Ini kerana Amerika sudah mempunyai sumber bahan bakar yang lain iaitu 'gas asli' dan tidak lagi terlalu bergantung dengan minyak yang diimport dari middle-east.

Amerika sebelum ini menggunakan minyak secara banyak untuk kerja-kerja industri berteknologi tinggi mereka seperti 'hydraulic fracturing' dan 'horizontal drilling'. Penggunaan minyak di Amerika dua kali lebih banyak dalam tempoh 6tahun. Namun kini tidak lagi...

Amerika bukan satu-satunya negara yang mengalami penurunan harga minyak di dunia ini, malah di negara-negara lain yang juga bukan negara pengeluar minyak juga turut turun. Contohnya Britain yang mengalami penurunan harga minyak sebanyak 27sen.

TAPI, apa yang berlaku di Malaysia yang merupakan sebagai sebuah negara pengeluar minyak, agak 'kontra' dengan keadaan yang dialami di kebanyakkan negara-negara....... Di Malaysia, minyak tidak ikut turun mengikut pasaran dunia, malah naik sebanyak 20sen!


Langkah kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel bertentangan dengan manifesto pilihanraya umum ke-13 Barisan Nasional untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Saturday, 25 October 2014

"Kerajaan Malaysia dan sultan melayan saya seperti sampah" -


Aktivis Ali Abd Jalil melarikan diri ke Sweden untuk mendapat suaka(perlindungan) politik kerana bimbang dengan keselamatannya selepas empat kali ditahan dan didakwa mengikut Akta Hasutan.

Ali, 29, mengesahkan perkara itu dalam satu tulisannya di Facebook.

"Sekarang saya di Sweden untuk memohon suaka. Kerajaan Malaysia dan sultan melayan saya seperti sampah."

"Saya diancam oleh gengster dan kumpulan Melayu rasis di Malaysia."

Malaysia tidak selamat bagi saya. Polis dan gengster mengikut saya setiap masa,” katanya.

Ali merupakan antara individu yang hadir ke perarakan anjuran Majlis Peguam bagi membantah Akta Hasutan pada hari Khamis lalu.

Beliau dipercayai menyusup keluar dari negara pada awal minggu ini.

Beliau ditahan berkali-kali berhubung tulisannya yang didakwa menghina kerabat istana.




SINAMU RUNGUS: Rest In Heavenly Peace Democracy!

Petrol RON95 naik RM2.58 ?!?



BUKAN... bacakan laporan Bernama secara lebih teliti...

Laporan BERNAMA pada 23 Oktober yang lepas menyatakan, harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahun hadapan.

Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran, mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana pula akan membayar mengikut harga minyak yang telah disubsidikan.

Misalnya kalau harga RON95 pada ketika itu ialah RM2.58 sen, maka RM2.58 sen lah mereka yang berpendapatan tinggi ini akan bayar. Dan bagi mereka yang dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula akan terus menikmati RON95 pada harga subsidi: RM2.30 (contoh)

Ahmad berkata mekanisme dan kaedah pelaksanaannya sedang diperhalusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sama ada menggunakan MyKad atau kad-kad lain.


TAPI... tahukah anda harga minyak RON95 di negara Brunei di kala harga minyak naik dari RM2.10 kepada RM2.30 di Malaysia? Lihat gambar di bawah...


Boleh kamu tolong kirakan harga tersebut dalam matawang Malaysia?

Wednesday, 22 October 2014

The Malaysia Sedition Act kills rationality and intellect


The Act undermines the ideals of democracy. To me, Malaysia is a Capitalist Nation where democracy is not at work. The Akta Hasutan will keep the current party to continue governing Malaysia which is not free from corrupt act. The Parlimentarians should speak freely to ensure the legislation passed is for the best interest of the Nation.

Who's charged under this act so far? Take a look at the image below...



Sunday, 19 October 2014

Melayu juga PENDATANG, kecuali Orang Asli dan bumiputra Sabah Sarawak

Perwakilan Gerakan: Melayu pun pendatang

    Seorang perwakilan Gerakan dalam mesyuarat agung tahunannya hari ini mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain.

    Ini kerana, kata perwakilan Johor Tan Lai Soon, orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

    “Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak, yang menjadi bumiputera asal,” katanya.

    Katanya, pemimpin Umno yang sering menyifatkan masyarakat Cina sebagai pendatang sebenarnya tidak sedar bahawa mereka juga pendatang dari Indonesia.

    Tan berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Datuk Mah Siew Keong dalam perhimpunan tahunan Gerakan di Shah Alam.

    note: Anwar Ibrahim di dalam ucapannya pada tahun 2007 juga mengingatkan semua orang bahawa Malaysia bukan milik Melayu

Friday, 17 October 2014

How To Sign The Online Petition of Calling Sabah Sarawak Rights (SSKM)


In other name this petition is called 'SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA'

In case any of you doesn't know how to 'sign' it, here is the tutorial... i make it as simple as i can...

Firstly, this link will direct to the GENUINE petition (various clone claimed itself the official/original)--> http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

This is the main page for SSKM petition.


Pls click 'sign the petition' button...





You will reached this page after you hit the button at the main page. Now, pls scroll down to continue... and you will see a form which need to be filled..








1. Mr for Male, Ms for Female

2 & 3. Let say your name is David Palmer, then your first name must be David, and 'Palmer' will be your last name.

4. If you don't have any e-mail account, pls create one. G-mail are the easier one to create. I recommend it.

5 & 6 Let say you live in Matunggong Kudat, then just put 'Matunggong' in the blank. And put 'Kudat' as the City.

7. Sabah or Sarawak

8. If you don't know your postcode area is. google it!

9. Click it and you scroll down the list until you find Malaysia. Hit the 'M' button may help you jump alphabetically.. 








  
12. Right there, 'Spiro Spero' is my friend. He signed this petition and told me about all these.

13. If you are SSKM volunteer, you maybe sign this petition for other people. It's OK.

14. Put your comment... if you have something to say to UN Chief: Ban ki moon, go forward... mention his name in your comment.. but please mind your words~

15. This is the security to make sure you are not a malware bot which programmed to sign the petition. If you are not, then type in what you see...

16. you at the last step... make sure all the information you gave is correct.. check your spelling and so on. Hit the SIGN button after you double-checked it.

HOORAY!! You did the right thing!
 

Pendapatan Purata Keluarga di Sabah RM4000 TIDAK BENAR - Ghapur Salleh


Apa kata anda?

Wednesday, 15 October 2014

Isu Sabah Keluar Malaysia: Dengar dulu jangan ancam, kata MP


Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) menggesa kerajaan supaya tidak mengancam pihak yang meniupkan sentimen untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Sebaliknya, beliau menyarankan kerajaan mendengar dahulu masalah yang dicetuskan oleh kumpulan intelektual yang mendakwa wujud ketidakadilan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

"Di Sabah kebelakangan ini kita nampak, dengar dan baca ada kumpulan-kumpulan intelektual yang terpelajar - mereka ini bercadang meminta Sabah keluar dari Malaysia.

"Ini kita tak boleh pandang ringan Datuk Speaker kerana mereka ini intelektual.

"Mungkin ada perkara-perkara yang mereka fikirkan Sabah tidak dapat - tidak ada pembahagian sama rata di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.


"Jadi kita nampak pemimpin, menteri datang mereka ini mengancam untuk mengambil tindakan.

"Ini cara dahulu, kita sudah maju kita tak mahu ancaman. Kita mahu kerajaan Persekutuan mendengar masalah mereka ini.

"Kita tak mahu apa yang disuarakan semuanya salah, dengar dahulu," kata Abdul Ghapur di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 11 Spetember polis menahan tiga individu selama dua tahun di pusat pemulihan kerana mempunyai kaitan dengan usaha pihak tertentu untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia.