Sekumpulan gabungan NGO hari ini membantah rancangan pembinaan sebuah gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya, yang menurut mereka kawasan itu didiami ramai orang Melayu beragama Islam.
Mengulas demonstrasi berhubung isu tersebut hari ini, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Islam tidak mengajar pengikutnya untuk menghalang pembinaan rumah ibadah bukan Islam. Beliau mempertahankan rancangan pembinaan sebuah gereja dalam kawasan yang diwakilinya."Islam tak ajar kita halang pembinaan rumah ibadat agama lain," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini petang ini.
Beliau yang juga exco pendidikan Selangor berkata lokasi pembinaaan gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya itu telah dizonkan sebagai kawasan pembinaan rumah ibadah bukan Islam.