Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Wednesday 26 November 2014

bypass! [visualy step by step tutorial]




Buka RUN BOX dengan cara ini:


atau melalui start menu:



type dalam run box tu: ncpa.cpl





then satu window akan terbuka...


Lihat gambar di atas,
jika kamu menggunakan LAN cable, right click pada 'A' dan click 'properties'

Jika kamu menggunakan Wireless, right click pada 'B' dan click 'properties'





Kemudiannya, click utk highlight pada Internet Protocol Version (TCP/IPv4) dan click pada properties yang berada di bawah berhampiran dengannya:




Seterusnya, Internet Protocol Properties Box akan terbuka seperti gambar di bawah :

Seperti dalam gambar, click pada radio button 'use the following DNS server addresses' dan isikan 8.8.8.8 pada preffered DNS server, dan 8.8.4.4 pada alternate DNS ServerClick OK.


Sebaiknya restart computer kamu, dan selepas itu kamu akan dapat mengakses semula website yang disekat.




Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dikemukakan kepada admin page Sabah Technology atau pada discussion group Sabahtech

Gara-gara Tidur Dengan Suami Orang...


Tanpa perasaan belas kasihan, seorang wanita telah dipukul dan dibogelkan secara paksa oleh sekumpulan wanita di sebuah jalan raya yang sibuk di Puyang, China.

Lin Yao Li, 38, ditendang di celah kelangkang dan payu daranya. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu mengatakan  Lin tidak layak dibantu kerana Lin telah tidur dengan suami orang.



Lin diserbu empat wanita ketika berjalang pulang dari membeli-belah. Setelah ditumbuk dan ditendang sehingga terjatuh, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendangnya.



Kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang baru di China.

Tayar TANPA ANGIN Akan Muncul Di Pasaran!


Bridgestone sudah mencipta airless tyre sejak tahun 2011 lagi, namun kali ini syarikat itu mendakwatelah tampil dengan reka bentuk yang lebih baik dan telah mula mempamerkannya di Paris Motor Show.


Tayar ini tidak kelihatan seperti tayar yang kita sering lihat pada hari ini. Ia kelihatan seperti sejenis penapis udara. Maka mungkin akan bermulalah era tayar tanpa udara menggantikan tayar yang kita sering gunakan sebelum ini.



Di dalam
tayar ini terdiri daripada resin yang dapat menyerap tekanan, hentakan, dan daya. Di luarnya pula terdiri daripada getah yang dapat digantikan dengan mudah tanpa perlu menggantikan keseluruhan tayar. Menakjubkan!

Tuesday 25 November 2014

'Texting' Menyebabkan Kesakitan Pada Tulang Belakang



Seorang pakar bedah
dari New York telah melakukan banyak penyelidikan mengenai perkara ini, dan dia yakin bahawa, dengan tunduk melihat ke bawah ke arah telefon, kita meletakkan kira-kira 60 paun tenaga tambahan pada kepala kita.

Hakikatnya, 
ramai orang menghabiskan masa menghantar teks dari masa ke masa, dan ini benar-benar boleh memberi kesan yang buruk kepada tulang belakang orang-orang tersebut. Jika dibiarkan, ia akhirnya boleh membawa kepada pembedahan tulang belakang, dan lain-lain penyakit lagi.
Nampaknya satu-satunya cara yang "selamat" untuk 'texting' adalah dengan memegang telefon secara selaras, sama tinggi dengan kedudukan muka anda, tanpa menundukkan atau mendongakkan kepala.

Budak 2tahun Diseksa Pengasuh [VIDEO]



kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dibaling ke lantai sebelum dipukul, dipijak dan ditendang oleh pengasuhnya.

Bagaimana pun tindakan Jolly Tumuhiirwe,22, yang menyiksa

Sebelum itu, rakaman turut memaparkan Tumuhiirwe memukul muka Aneela ketika menyuap makanan.



Bapa Aneela, Erick Kamanzi melihat rakaman itu selepas mendapati kesan lebam di badan anaknya.

Aneela Kamanzi kerana muntah selepas makan malam dirakam melalui kamera tersembunyi di ruang tamu rumah keluarga Kamanzi.

Berang dengan kelakuan Tumuhiirwe itu, lelaki tersebut memukulnya sehingga mendatangkan kecederaan serius.Pengasuh itu membuat laporan polis menyebabkan Kamanzi ditahan.

Namun selepas dia menunjukkan rakaman penderaan itu kepada polis, tuduhan terhadap Kamanzi yang bekerja di sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Kampala digugurkan.

Tumuhiirwe yang bekerja di rumah itu lebih kurang tiga bulan ditahan dan didakwa di bawah Akta Anti-Keseksaan Uganda di Mahkamah Nakawa pada 8 Disember ini.
Dia kini dikatakan terpaksa menggunakan kerusi roda dan mengguna saluran tiub untuk makan.

Pihak polis juga turut mendakwa Tumuhiirwe dengan percubaan membunuh.




Laporan mendedahkan Aneela telah meninggal dunia pada 15 November lalu, namun pihak penyiasat menafikannya dan memberitahu kanak-kanak itu sedang menjalani rawatan.

Budak 17tahun merogol Kambing dan 300 ekor ayam


Bandung: Seorang remaja lelaki 17 tahun di daerah Tasikmalaya, Jawa Barat, didakwa merogol seorang budak perempuan enam tahun dan 300 ekor ayam.

Hakim kes itu, Motur Panjaitan, berkata remaja terbabit mengaku merogol ayam, membunuhnya atau membiarkannya mati.

Itu yang diberitahu tertuduh, kata Motur kepada portal berita Indonesia, Detik.com.

Penternak ayam dari kejiranan defendan perkampungan Cimanuk, daerah Cikalong, dipanggil memberi keterangan terhadap remaja terbabit yang didakwa merogol ketika mabuk dan cuba membunuh seorang budak sekolah rendah.

Dia juga didakwa mencampakkan mangsa ke laut. Tetapi, budak perempuan itu terselamat.

Agus Sugianto, 30, berkata ayamnya diserang defendan antara Disember 2012 dan September 2013.

Tiga puluh ekor ayam milik saya mati. Ternakan itu kacukan Arab dan ayam kampung, kata Agus kepada portal berita jpnn.com.

Katanya, ayamnya mengalami koyakan teruk pada dubur dan tanda lain jelas dirogol.

Serang kambing, ayam

Wasudisman, bapa saudara defendan berkata anak saudaranya sudah terbabit dalam kelakuan seksual luar tabii sejak berusia sembilan tahun.

Bapa saudara berusia 47 tahun itu berkata beliau pernah melihat anak saudaranya menyerang kambing dan ayam.

Saya fikir dia melakukan perbuatan itu kerana dia sakit, kata Wasudisman.

Katanya, dia membesarkan defendan sejak berusia tujuh tahun kerana ibunya seorang pekerja asing di luar negara manakala bapanya tidak diketahui di mana berada.

Ramai jiran datang ke rumah, katanya, menuntutnya membayar 25,000 rupiah (RM6.77) bagi setiap ayam yang dibunuh anak saudaranya.


Peguam budak lelaki itu, Ramadanil S. Daulay, berkata defendan menderita gangguan seksual dan meminta dia menerima rawatan perubatan berbanding dipenjarakan.

Orang yang sakit sepatutnya dirawat di pusat pemulihan, bukan penjara. Memenjarakannya tidak akan menghalang perbuatannya kecuali mendapat rawatan yang betul, kata Ramadanil.

Monday 24 November 2014

Tiga model baru smartphones ACER


Acer Malaysia memperkenal tiga model telefon pintar baharu Acer Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500.

Acer Liquid X1 menawarkan prestasi tinggi, peralihan yang lancar dan antara muka yang dijana oleh 'octa-core' 1.7GHz dan pemproses grafik 'quad-core'.

Acer Liquid Jade yang memenangi anugerah sebelum ini, memiliki ciri-ciri yang anggun, sentuhan yang lebih lembut dan reka bentuk melengkung dengan dihiasi bingkai 'bezel'.

Acer Liquid Z500 pula lebih nipis dan selesa untuk dipegang, memiliki pembesar suara hadapan yang amat berkuasa dan Definisi Tinggi (HD), sesuai untuk hiburan.

Kedua-dua, Acer Liquid X1 dan Liquid Jade diperkenalkan awal tahun ini di pameran Computex 2014, Taiwan manakala Acer Liquid Z500 diperkenalkan di Berlin, Jerman ketika IFA 2014.

Acer Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500 masing-masing datang dengan tanda harga RM999, RM799 dan RM499, boleh didapati daripada penjual utama Acer di seluruh negara.

Application terbaru dari Facebook : GROUPS



Facebook pada 19 Nov yg lepas melancarkan aplikasi mudah alih percuma baru Groups untuk meningkatkan kemudahan penggunaan bagi ciri popularnya dalam lama sosial itu iaitu, kumpulan.

Ciri Groups atau kumpulan yang sedia ada, ia membolehkan kalangan pengguna mencipta dan berinteraksi menerusi laman sosial itu berdasarkan hobi, geografi atau budaya masing-masing.

Mengikut syarikat itu, lebih 700 juta daripada 1.35 bilion pengguna Facebook, menggunakan Groups. Laman sosial itu menjadi hos kepada ratusan juta kumpulan merangkumi pelbagai topik termasuk agama, merancang percutian atau membincangkan isu hobi serta kesihatan.

Justeru, aplikasi baharu itu akan menjadikan proses mengakses Groups lebih mudah pada peranti mudah alih tanpa pengguna perlu bersusah payah membuka aplikasi Facebook dan mencari kumpulan diingini satu demi satu.

China bina PULAU TIRUAN di kepulauan Spratly



China merancang membina sebuah pulau tiruan di Laut China Selatan untuk digunakan sebagai pangkalan tentera, lengkap dengan landasan kapal terbang dan pelabuhan.

Akhbar South China Morning Post memetik seorang pegawai sebagai berkata, pulau berkenaan akan disambung dengan Beting Fiery Cross, bahagian Kepulauan Spratly yang terbabit dalam tuntutan bertindih dengan negara lain.

Rancangan itu, jika diluluskan akan menjadi petanda selanjutnya mengenai perubahan taktik China dalam menangani pertikaian berkait dengan tuntutan hak ketuanan.



Filipina bulan lalu membantah kegiatan menebus guna tanah yang dilakukan China berhampiran Beting Johnson South, kawasan yang menyaksikan pertelingkahan bersenjata meletus antara tentera China dengan Vietnam pada 1988 ekoran pendudukan Beijing ke atas beting itu.

Dengan perkembangan terbaru di Laut China Selatan yang menyebabkan China menjadi tumpuan antarabangsa, penganalisis memberi amaran, kerja menebus semula tanah di Beting Fiery Cross yang dituntut oleh China, Filipina dan Vietnam, akan memburukkan lagi hubungan Beijing dengan negara jirannya.

Sekiranya ia siap kelak, pulau buatan manusia itu akan dua kali ganda lebih daripada pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia di Lautan Hindi.

Seorang pegawai kanan tentera berkata, landasan kapal terbang di pulau itu membolehkan China bersiap sedia untuk mewujudkan zon pengenalan pertahanan udara di Laut China Selatan.

“Kami berupaya membina pulau buatan sejak dulu tetapi tidak berbuat demikian kerana tidak mahu mencetuskan kontroversi,” kata pakar keselamatan serantau China, Zhang Jie.

Polis Tembak Budak 12 Tahun Kerana Pegang Pistol Tiruan


WASHINGTON: Polis di Cleveland dilapor melepaskan tembakan ke arah seorang budak lelaki berusia 12 tahun kerana mangsa melambai menggunakan sepucuk pistol tiruan ketika berada di taman permainan pada Sabtu.

Menurut laporan akhbar The Plain Dealer, anggota polis terbabit ke taman permainan berkenaan selepas mendapat laporan bahawa seorang kanak-kanak sedang memegang senjata api tiruan.


Anggota polis yang baru setahun berkhidmat itu ketika tiba di lokasi tersebut telah meminta mangsa mengangkat tangan dan membuang pistol berkenaan.

Keengganan mangsa mengikut arahan tersebut telah memaksa polis melepaskan tembakan yang terkena tubuhnya.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan. Bagaimanapun, budak lelaki kulit hitam yang tidak didedahkan identiti itu kemudian disahkan meninggal dunia pada Ahad.

Berikutan itu, anggota polis terbabit kini telah ditahan kerana membunuh.

Angkasawan wanita pertama Itali


MOSCOW: Angkasawan pertama wanita dari Itali, Samantha Cristoforetti berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan kapal angkasa Russia, Soyuz, awal pagi tadi.

Agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos dalam kenyataannya berkata, Cristoforetti disertai angkasawan Russia, Anton Shkaplerov dan angkasawan Amerika Syarikat, Terry Virts.


Mereka berlepas dengan kapal angkasa, 'Soyuz TMA-15M' yang dilancarkan dari 'Baikonur Cosmodrome' di Kazakhstan pada jam 8.01 malam GMT (4.01 pagi waktu Malaysia).

"Soyuz kini berada dengan selamatnya di orbit, perhentian berikutnya adalah ISS," kata NASA dalam tweet, sementara imej secara langsung mengenai pelancaran itu menunjukkan Virts tersenyum dan memberi isyarat bahawa segala-galanya berjalan lancar.



Ketiga-tiga mereka - Cristoforetti, Virts dan Shkaplerov akan tiba di ISS enam jam selepas dilancarkan di mana mereka akan berada sehingga Mei 2015.

Keseluruhannya 16 negara menjalankan tugasan tertentu di ISS, termasuk Russia dan Amerika Syarikat, yang membiayai sebahagian besar operasi berkenaan.