Bridgestone sudah mencipta airless tyre sejak tahun 2011 lagi, namun kali ini syarikat itu mendakwatelah tampil dengan reka bentuk yang lebih baik dan telah mula mempamerkannya di Paris Motor Show.
Tayar ini tidak kelihatan seperti tayar yang kita sering lihat pada hari ini. Ia kelihatan seperti sejenis penapis udara. Maka mungkin akan bermulalah era tayar tanpa udara menggantikan tayar yang kita sering gunakan sebelum ini.
Di dalam tayar ini terdiri daripada resin yang dapat menyerap tekanan, hentakan, dan daya. Di luarnya pula terdiri daripada getah yang dapat digantikan dengan mudah tanpa perlu menggantikan keseluruhan tayar. Menakjubkan!