Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Saturday 15 November 2014

Sejarah Baru Tercipta Manusia Mendaratkan Modul Di permukaan Komet

Kapal angkasa Rosetta mengambil selfie dengan berlatarbelakangkan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko ketika ia menghampiri komet itu sejurus sebelum melancarkan robot kecil bersaiz sebuah peti sejuk ke permukaan komet. Inilah pertama kalinya manusia berjaya mendaratkan sebuah modul di atas permukaan sebuah komet yang bergerak pada kelajuan 15km sesaat di angkasa lepas.

DARMSTADT (Jerman): Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mencatatkan satu sejarah baru kemanusiaan apabila berjaya mendaratkan robot angkasa yang dinamakan Philae di atas permukaan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko yang dipercayai berusia 4.5 bilion tahun pada lewat Rabu.

Ia adalah kejayaan yang pertama seumpamanya. Belum pernah sebuah modul buatan manusia mendarat di atas mana-mana permukaan komet.

Komet adalah objek yang berterbangan di ruang angkasa yang mengembara mengelilingi matahari dan merupakan serpihan daripada saki baki pembentukan planet di dalam Sistem Suria kita.
Sistem Suria kita mempunyai 8 planet.

Philae dilancarkan dari sebuah kapal angkasa kecil tanpa manusia bernama  Rosetta yang telah mengembara sejauh 6.4 bilion kilometer di ruang angkasa selama 10 tahun mengejar Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko dalam misi bersejarah ini. Rosetta dilancarkan pada Mac 2004.

Kos melancarkan misi ini bernilai £1 bilion (RM5.24 bilion).

Gambar komet yang berjaya dirakam oleh salah satu kamera yang dipasang pada Philae.
Selepas 10 tahun di ruang angkasa Rosetta berjaya menghampiri Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko pada jarak 100 kilometer pada 6 Ogos lalu. Sejak itu Rosetta mengobit komet berkenaan.

Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko bergerak pada kelajuan 55,000km/jam (atau 15km sesaat) dan ia kini berada pada jarak 510 juta kilometer dari Bumi.

Ia dijadualkan berada paling hampir dengan matahari menjelang Ogos tahun depan. Pada waktu ini permukaannya akan menjadi tersangat panas dan mencairkan debu ais yang menutupi permukaannya.

Fakta Mengenai Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko:
> Pertama kali ditemui pada 1969 oleh dua orang ahli kaji bintang Klim Churyumov dan Svetlana Gerasimenko.
> Komet ini mengelilingi matahari dan membuat satu pusingan lengkap setiap 6.5 tahun.
> Mengembara antara orbit Planet Jupiter dan Bumi.
> Mempunyai kelebaran seluas 4km.
> Mempunyai rupabentuk seperti seekor itik plastik.
> Suhu permukaan sekitar -70 darjah Selsius.
> Kandungan komet ini terdiri daripada batu, debu dan ais.
> Membuat putaran lengkap setiap 12.4 jam.
> Kepadatannya sekitar 10 bilion tan.

Pada Rabu, 12 November Rosetta menghampiri komet tersebut pada jarak 1km dan melepaskan Philae yang hanya bersaiz sebuah peti sejuk. Philae mengambil masa tujuh jam untuk mendarat.

Sebaik sahaja ia menghampiri permukaan komet, Philae menembak dua bilah lembing besar atau harpoon yang berfungsi sebagai sauh untuk memastikan ia tidak kembali terapung memandangkan daya graviti yang lemah di atas permukaan komet tersebut.

Malangnya laporan terbaru yang diterima oleh ESA bagaimanapun menunjukkan tembakan harpoon itu tidak berjaya sepenuhnya.

ESA masih menunggu isyarat daripada Rosetta mengenai nasib Philae pada masa berita ini dimuat naikkan.
Pengurus Pendaratan Philae di ESA, Dr Stephan Ulamec dipetik oleh BBC sebagai berkata: "Ada kemungkinan robot Philae tidak mendarat sekali tetapi dua kali kerana selepas harpoon yang bertindak sebagai sauh gagal berfungsi dengan sempurna Philae melambung ke ruang angkasa sekali lagi sebelum kembali mendarat atas tarikan gaya graviti."

ESA yakin Philae berada dalam keadaan stabil berdasarkan isyarat yang ia hantar ke kapal angkasa Rosetta buat masa ini.

Ketua Pengarah ESA, Jean-Jacques Dordain menyifatkan kejayaan mereka mendaratkan modul di atas permukaan komet itu sebagai satu kejayaan besar dan bersejarah dalam ketamadunan manusia.

 Philae mendarat di permukaan komet berkeluasan 4 kilometer.

Ini kerana buat pertama kalinya manusia dapat mengkaji secara langsung usia pembentukan Sistem Suria yang selama ini dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun.

Planet yang terbentuk di sekeliling matahari telah melalui pelbagai proses kematangan dan perubahan fizikal sejak kewujudannya tetapi komet yang bertaburan dan berjumlah berbilion buah itu di ruang angkasa dipercayai kekal dalam bentuk asalnya sebaik sahaja Sistem Suria terbentuk.

Sebab itulah ia dianggap sangat penting untuk kajian bagi mengenalpasti berapakah usia Sistem Suria kita dalam Galaksi Bima Sakti.

Saintis juga selama ini percaya kepada teori yang kewujudan air di atas permukaan Bumi sebenarnya berasal dari serpihan komet. Ini kerana komet membawa bersama-samanya kandungan ais yang banyak disebabkan pengembaraannya yang jauh dari matahari di dalam Sistem Suria dan ais itu mula mencair menjadi air ketika ia menghampiri matahari.

Jika salah satu daripada berbilion buah komet yang terdapat di ruang angkasa terhempas di atas permukaan Bumi berbilion tahun dahulu, sudah pastinya ia akan membawa bersama-samanya kandungan ais yang banyak sekaligus membentuk lautan kecil. Bersama air, datang kehidupan yang lain.

Keadaan permukaan komet yang berjaya dirakamkan semasa pendaratan Philae.

Jika segalanya berjalan lancar dan tidak mengalami sebarang kerosakan besar, Philae dijadualkan untuk terus berfungsi selama setahun di permukaan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko.

Ujiannya yang terbesar ialah sejauh manakah ia mampu bertahan pada suhu permukaan melebihi 500 darjah Selsius sebaik sahaja komet ini menghampiri matahari pada jarak yang paling dekat menjelang Ogos 2015.

For more Info,
please visit and JOIN Facebook group SABAHTECH <<< Click here (Technology Discussion Group)
please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Wanita China BERUBAH...

 Wanita China Teruja Ubah Wajah Supaya Lebih 'Barat' 

Wanita China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.

Rata-rata wanita China memasuki negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit, membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.

Perubahan secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.

Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.

Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.

Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah jelita serta muda.

Berikut merupakan wajah sebelum dan selepas pembedahan plastik oleh wanita China.-

Gigi Dinosaur Dijumpai Di Malaysia ?

Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti menemui fosil dinosaur termasuk tapak kaki, tulang dan gigi di Gunung Gagau, Hulu Terengganu dalam satu ekspedisi bulan lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata penemuan membanggakan itu adalah hasil ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014.

Beliau berkata, ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu dijalankan pada 13 hingga 23 Oktober lalu.
Ekspedisi itu disertai pensyarah dan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Malaya; Universiti Teknologi PETRONAS dan Universiti Malaysia Kelantan.

Katanya, ekspedisi itu membawa kepada penemuan fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.

Selain itu, turut ditemui fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang.
“Alhamdulillah, selepas berpenat lelah meredah hutan dan mendaki gunung dalam keadaan cuaca tidak menentu, akhirnya kita menemui penemuan yang menggembirakan.

“Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambah ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abd Razak, berkata penemuan itu adalah yang pertama di Malaysia.

Beliau berkata, fosil yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun hingga 65 juta tahun itu, membuktikan kewujudan dinosaur di negeri ini satu masa dulu.

“Dua fosil gigi yang ditemui dianggarkan bersaiz 1.5 sentimeter (sm), manakala tapak kaki berukuran lebih 15 sm dan tulang yang tertanam di dalam bongkah batu,” katanya.

Beliau berkata, dinosaur spesies Iguanodintid dan Sauropod memakan tumbuhan, manakala Therapod adalah dinosaur pemangsa yang memakan daging.

Perniagaan lebih MAJU dengan S.O.T

IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI DALAM S.O.T HARI INI!

APA ITU S.O.T ?

S.O.T atau nama penuhnya Selling Online & Tamu ialah Facebook Group yang diwujudkan untuk para peniaga bertamu secara maya di dalamnya dengan tujuan menjual pelbagai produk dan juga mempromosi jenis-jenis perkhidmatan lain yang diniagakan.

Selain daripada mengiklankan perniagaan di dalam Facebook group ini, para peniaga juga berpeluang untuk 'turun padang' pada satu tarikh yang ditetapkan contohnya menjual produk-produk yang mereka niagakan di booths di dalam shopping mall dan sebagainya. Biasanya tamu berbentuk nyata/fizikal ini dilakukan di dalam beberapa shopping mall terkemuka, di mana satu tapak disediakan untuk berpuluh booth didirikan.

KENAPA MEMILIH S.O.T ?

S.O.T sebelum ini mempunyai keahlian hampir mencecah seratus ribu orang. Namun akibat dari masalah teknikal Facebook, group ini closed-down. Oleh itu, S.O.T kelahiran baru yang ada kini masih dalam proses 'membangun' di mana terdapat hampir 50ribu keahlian. 50ribu orang ini cukup untuk membuatkan perniagaan anda dikenali umum dan mempunyai 'target' yang luas.

S.O.T juga dipantau-selia oleh big-boss Sylvia Lee dan juga beberapa administrators yang lain yang bertanggungjawab untuk menjadikan medan perniagaan itu lebih selamat kepada semua peniaga dan pembeli. Setiap post akan ditapis oleh admin, dan tidak akan ada post berbentul malware/virus akan terlepas/di-published. Info mengenai para scammer (penipu online) juga sering diumumkan oleh group ini agar kesemua ahli dapat mengambil langkah berjaga-jaga.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN KEAHLIAN ?

Sila lawati Facebook Group S.O.T tersebut di sini >>> Selling Online & Tamu <<< Click di sini

Langkah 1 - Click pada button 'JOIN' yang ada pada sebelah atas kanan group tersebut. Tunggu sehingga join request anda itu diluluskan oleh pihak admin.

Langkah 2 - Perhatikan pinned post di dalam group tersebut, dan anda akan nampak satu document yang bertajuk 'Syarat & Senarai pengiklan yang sah' sepeti di dalam gambar di bawah:

click pada tajuk pinned post tersebut atau anda boleh click di sini >>> Syarat & Senarai <<< Click di sini

Langkah 3 - Ikuti segala syarat untuk mendapatkan ID. Iklan tanpa ID tidak akan dipaparkan ke dalam group tersebut. Anda akan dapat mula mengiklankan perniagaan anda ke dalam group tersebut sebaik sahaja anda mempunyai ID dan segala post anda akan terpapar secara automatik.

KENAPA SAYA PERLU ADD 50 RAKAN FACEBOOK SAYA KE DALAM GROUP S.O.T ?

Sebabnya, 50 rakan Facebook yang anda add itu nanti berkemungkinan akan menjadi para customer untuk peniaga yang lain di dalam group tersebut, dan 50 rakan Facebook yang peniaga add ke dalam group tersebut pula berkemungkinan akan menjadi para cutomer untuk anda. Menarik bukan?

Lebih menarik lagi, bila 50 rakan Facebook yang anda add ke dalam group itu berkemungkinan akan berminat menjadi peniaga pula. Dan bila mereka ingin menjadi peniaga di dalam SOT, mereka juga akan memasukkan 50 rakan Facebook mereka ke dalam group ini untuk mendapatkan ID. Bayangkan separuh dari rakan Facebook yang add itu tadi itu menjadi peniaga, sebanyak 1250 orang baru(25 x 50) akan dimasukkan ke dalam group dan seramai 1250 orang ini mungkin akan menjadi customer anda dan juga kepada orang lain. Perniagaan anda akan berkembang dan maju dengan 'target audiences' yang banyak.

==================================

Untuk sebarang kesulitan atau pertanyaan, bolehlah diajukan kepada para admin group tersebut di sini >>> https://www.facebook.com/groups/SellingOnlineTamu.SOT/files/
(Pilih salah satu file di dalam senarai, dan komen pada 'doc' tersebut...)

Wednesday 12 November 2014

Kamera Video yang LASAK!

GoPro perkenal kamera video lasak siri HERO4 

Rangkaian model kamera video lasak GoPro di bawah Siri HERO dipertingkat menerusi pengenalan HERO4 Black dan HERO4 Silver, dengan pelbagai ciri terkini termasuk penstabil imej, rakaman definisi tinggi (HD) serta pandangan malam yang lebih baik.

Teknologi imej yang ditampilkan oleh GoPro Inc pernah memenangi beberapa anugerah terkemuka dunia, termasuk Anugerah Emmy yang menjadi penanda aras industri perfileman dunia. 

Antara ciri utama bagi model HERO4 Black ialah rakaman video HD dengan kelajuan 30 rangka sesaat yang membenarkan rakaman berkualiti serta kebolehan untuk merakam gambar dengan resolusi 8.3 megapiksel. Ia menampilkan paparan muka pengguna terkini dengan sambungan dan akses kepada kunci kawalan kamera.

HERO4 Black juga mempunyai sambungan WiFi 50 peratus lebih pantas dengan sambungan Bluetooth untuk prestasi GoPro App lebih mantap dan kawalan kuasa lebih baik.

HERO4 Silver pula menampilkan keupayaan skrin sesentuh khas untuk kawalan mudah kamera, bingkai gambar dan kemudahan main balik.

Ia mampu merakam foto dengan kualiti majalah 12 megapiksel dengan kelajuan 30 gambar sesaat. HERO4 Silver juga menampilkan sambungan WiFi 50 peratus lebih pantas serta sambungan Bluetooth untuk prestasi GoPro App.  
Harga jualan runcit tempatan bagi model HERO4 Black ialah RM1,849 manakala HERO4 Silver RM1,449.

For more Info,
please visit and JOIN Facebook group SABAHTECH <<< Click here (Technology Discussion Group)
please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Tuesday 11 November 2014

Rahsia Zuckerberg Berbaju Sama Setiap Hari

Statusnya sebagai salah seorang manusia paling kaya di dunia tidak banyak mengubah diri Mark Zuckerberg menjadi ‘orang lain’ – sekurang-kurangnya daripada aspek berpakaian.

Oleh kerana itu sejak sekian lama Zuckerberg biasanya tampil di khalayak ramai dengan baju kemeja T kelabu yang sama.

Dalam sesi soal jawab melalui Facebook, Zuckerberg berkata, memilih baju atau pakaian setiap pagi hanya membuang masa atau tidak berfaedah kepadanya.

Justeru, kata Zuckerberg, dia lebih gemar mengenakan kemeja T kelabu setiap hari dan memanfaatkan masa yang biasanya digunakan orang lain untuk memilih pakaian dengan aktiviti lebih berfaedah.

Tetapi anda jangan risau. Saya tidak mengenakan kemeja T yang sama setiap hari kerana saya ada koleksi baju seperti itu yang banyak,” katanya.

Menurut Zuckerberg, dia mahu menggunakan masa hariannya sebaik mungkin dan tidak membazirkannya dengan memikirkan baju yang sesuai dipakai setiap hari.

“Saya perlu bersederhana dan membuat sedikit keputusan setiap hari, kecuali apabila saya memikirkan bagaimana memberikan khidmat terbaik kepada komuniti Facebook,” katanya.

Tidak hanya memilih pakaian dianggap remeh oleh Zuckerberg.

Kata pengasas Facebook itu, memikirkan menu sarapan setiap pagi juga adalah mengarut.

Zuckerberg, 30, berketurunan Yahudi, memiliki harta dianggarkan bernilai AS$33 bilion (RM110.4 bilion) melayakkannya menjadi orang ke-16 terkaya di dunia.

For more Info,
please visit and JOIN Facebook group SABAHTECH <<< Click here (Technology Discussion Group)
please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Samsung Galaxy Note 4 SYURGA KAKI SELFIE

Samsung Galaxy Note 4: Pelbagai kelebihan janjikan kepuasan pengguna

  Meneliti sepintas lalu spesifikasi aplikasinya, Samsung Galaxy Note 4 seperti tidak banyak mengemukakan perbezaan dengan siri Note 3 yang terlebih dulu berada di pasaran.

Perbezaan ketara hanya pada reka bentuknya yang lebih anggun menerusi bingkai logam premium bergandingan skrin Quad HD Super AMOLED 5.7 inci (14.25 sentimeter) yang menonjolkan imej lebih jelas dan hidup menerusi jumlah kontras tinggi di samping sudut pandangan lebih jitu.

Kelebihan ini mampu memberikan hasil rakaman definisi tinggi ultra (UHD) membanggakan meskipun membabitkan objek jauh yang dirakamkan menggunakan teknik memfokus (zooming).

Apabila dimainkan semula, gambar dirakam di skrin berkeupayaan pada 500 piksel seinci itu dilihat tampil jelas dan tidak menunjukkan tanda pecah meskipun ada goyang dan tangan bergetar sewaktu melakukan proses zooming.

Pengguna turut menikmati ciri tingkap berbilang yang mengizinkan pelbagai tugas dilakukan serentak, misalnya menulis nota sambil menonton video di Youtube selain pada masa sama boleh berkomunikasi dengan rakan melalui Facebook.

Anda boleh mengubah saiz tetingkap pada bila-bila masa mengikut keperluan, sama ada menginginkan ia muncul seketika, menghayati dua skrin serentak atau membesarkan satu skrin untuk mendapatkan tontonan maksimum.

Sesuai buat 'kaki selfie'
Hakikat tidak dapat ditolak, Note 4 syurga bagi kaki selfie menerusi sistem kamera melangkau masa yang memungkinkan penghasilan gambar lebih jelas dan terang. Telefon pintar itu menyelitkan kamera hadapan beresolusi 3.7 megapiksel dilengkapi mode bersepadu baharu untuk memenuhi keperluan selfie individu mahupun berkumpulan dalam 90 hingga 120 darjah sudut rakaman.

Sementara, 16 megapiksel belakang kamera mengutarakan Penstabilan Imej Optik Pintar (Smart Optical Image Stabiliser) berfungsi mengekang gegaran selain secara automatik memanjangkan masa pendedahan ketika merakam gambar dalam suasana gelap.

Pengganti buku nota

Kecanggihan Galaxy Note 4 turut melayakkannya sebagai pengganti buku nota, lebih-lebih lagi dibekalkan S Pen responsif tinggi yang meminjamkan pengalaman seolah-olah menulis dengan pen mata bola dan kaligrafi.
Pen ini tidak lagi digelarkan 'stylus' kerana menawarkan teknik penggunaan berlainan selain berhak dipuji kerana mengemukakan fungsi sama seperti tetikus komputer.

Kali ini, S Pen menampilkan spesifikasi 'Air Command' lebih mesra pengguna dengan empat pilihan tugasan iaitu Action Memo, Screen Write, Image Clip dan Smart Select, yang berfungsi dengan hanya menekan batang pen tanpa menyentuh skrin.

Hadir dalam empat warna eksklusif putih, hitam, perang keemasan dan merah jambu, kapasiti bateri ditambah sehingga 3320mAh berupaya menyelesaikan masalah bateri cepat kehabisan terutama selepas melayari wi-fi dan internet.

Pengguna pastinya tersenyum lebar sebaik mengenal pasti keupayaan bateri itu yang memiliki fungsi caj 30 peratus lebih pantas berbanding biasa.

For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Wanita Saudi Dibenar Memandu Jika Tak Ber-Mekap

Majlis Syura Arab Saudi membuat tindakan berani mencadangkan pemerintah negara itu supaya membenarkan wanita memandu tetapi dengan syarat ketat mereka mesti berumur lebih 30 tahun dan tidak boleh bersolek.

Kebenaran itu hanya untuk tempoh sehingga pukul 8 malam setiap hari.

Seorang anggota majlis itu memberitahu, jika cadangan berkenaan diperkenan Raja Abdullah Abdulaziz, wanita yang memenuhi syarat berkenaan juga diwajibkan mendapat kebenaran  suami, bapa atau penjaga mereka sebelum boleh memandu kenderaan.

"Tempoh wanita dibenarkan memandu hanya antara pukul 7 pagi hingga 8 malam bagi Sabtu sehingga Rabu, atau 12 tengah hari hingga 8 malam pada Khamis dan Jumaat," katanya.

Diperintah secara konservatif, Arab Saudi menyambut hujung minggu setiap Khamis dan Jumaat.

Sebelum ini kerajaan mengharamkan wanita memandu kerana pelbagai alasan, sama ada bersandarkan kepada hujah hukum atau kesihatan.

Media pernah melaporkan, ada ulama Arab melarang wanita memandu kerana didakwa boleh menjejaskan ovari masing-masing.

Pengharaman memandu di negara Teluk tidak dinyatakan dalam sebarang undang-undang bertulis sebaliknya dikeluarkan melalui fatwa ulama konservatif setempat.

Sesetengah ulama berpendapat, kebenaran memandu di kalangan wanita akan menyebabkan golongan terbabit sukar dikawal kerana terlalu bebas.

Larangan itu mendapat kritikan aktivis hak asasi wanita tetapi setakat ini belum ada sebarang perubahan dibuat.

Kata sumber itu, jika wanita terbabit memandu dalam kawasan bandar raya masing-masing mereka boleh melakukannya tanpa ditemani mahram.

Bagaimanapun, jika mereka memandu ke luar kawasan tempatan, seorang mahram lelaki wajib berada dalam kereta itu.

Kata sumber, perubahan sikap itu sedikit sebanyak dipengaruhi desakan kumpulan aktivis hak asasi wanita sejak sekian lama.

"Majlis Syura turut menyarankan pembentukan Jabatan Trafik Wanita yang khusus membantu golongan berkenaan jika berlaku kerosakan di tengah jalan, atau berdepan gangguan seksual," katanya.

Microsoft beri Office percuma kepada platform Apple dan Google

Microsoft yang sudah lama mencipta nama dalam perisian desktop, menjual setiap perisian yang dibangunkannya. Akan tetapi, dalam usaha syarikat itu untuk kekal relevan dalam dunia yang semakin bertukar ke arah mudah alih, serta untuk bersaing dengan Google, Apple serta pelbagai syarikat lain, kini menawarkan beberapa versi produknya secara percuma untuk telefon pintar dan tablet.

Versi lama pada iPhone membolehkan pengguna membuka dan membaca fail tetapi dengan ciri yang sangat terhad. Dalam versi terdahulu untuk iPad, pengguna perlu melanggan dengan perkhidmatan Office 365 untuk membuka fail baharu.

Aplikasi baharu mempunyai lebih banyak keupayaan seperti yang ditemui pada perisian Office untuk desktop serta tidak perlu melanggan untuk membuka fail dan beberapa fungsi lain. Microsoft bagaimanapun masih simpan beberapa ciri premium termasuk ciri keselamatan untuk pengguna perniagaan, khusus untuk pengguna berbayar.

For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Gerard Pique Keluar dari Barcelona?

GERARD PIQUE didakwa semakin hampir untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris selepas dilapor akan bertemu pegawai atasan Barcelona bagi mempertikaikan beberapa perkara yang kurang disenanginya.
Pertahanan Sepanyol itu dikatakan berang dengan tindakan jurulatih Barcelona, Luis Enrique dan hubungan mereka berdua semakin tegang pada minggu ini.

Luis Enrique

Difahamkan, pegawai atasan kelab di Nou Camp ingin mengekalkan Pique manakala Enrique sedia melepaskan pemain terbabit.

Berikutan itu, dua kelab utama Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea dan Manchester United kini sedang menunggu perkembangan Pique sebelum memberi tawaran.

Keretakan hubugan Pique dan Enrique sampai ke kemuncak pada minggu ini apabila jurulatih terbabit meminta pemain pertahanan tengah itu memanaskan badan walaupun kesemua tiga pemain telah ditukarkan.

Dolphin di Tanjung Aru, Sabah.

Kota Kinabalu: Seorang pekerja yang melakukan kerja pembersihan terkejut apabila menemui bangkai ikan lumba-lumba sepanjang kira-kira dua meter terdampar di pantai Tanjung Aru, berhampiran Kelab Golf Kinabalu (KGC).

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, haiwan seberat kira-kira 60 kilogram (kg) dan dipenuhi kesan parut dan calar pada tubuh, dipercayai tersesat sebelum terdampar di pantai berkenaan.

Menurut pekerja terbabit, Helen Elleno Gomic, 41, ketika menyapu sampah berhampiran restoran di KGC, dia terkejut melihat objek seakan ikan gergasi terdampar di tepi pantai.

“Ketika itu, saya tidak pasti ikan jenis apa dan sebaik dihampiri, saya mendapati ia adalah bangkai ikan lumba-lumba.

“Saya tidak pasti punca kematiannya, tetapi terdapat beberapa parut dan kesan calar pada tubuh haiwan ini,” katanya ketika ditemui.

Helen berkata, dia kemudian segera memaklumkan perkara itu kepada majikan sebelum menghubungi Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut.

“Tidak lama kemudian, sepasukan pegawai JHL bersama penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) tiba melakukan pemeriksaan terhadap bangkai haiwan ini.

“Mereka kemudian mengambil bangkai ini untuk dikaji,” katanya.

Difahamkan, ikan berkenaan dipercayai tersesat dan terperangkap dalam pukat nelayan sebelum dilepaskan.

Haiwan dari spesies ‘Bottlenose’ dan dilindungi ini dipercayai memasuki air cetek sebelum terdampar di tepi pantai berhampiran KGC Tanjung Aru.

Spesies ini mudah ditemui di perairan beriklim sederhana dan tropika.
Kota Kinabalu: Seorang pekerja yang melakukan kerja pembersihan terkejut apabila menemui bangkai ikan lumba-lumba sepanjang kira-kira dua meter terdampar di pantai Tanjung Aru, berhampiran Kelab Golf Kinabalu (KGC), di sini, semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8235#sthash.RPjv45ZS.dpuf

Dapatkan iPhone 6 serendah RM418 di Blue Cube!

iPhone 6 dan 6 Plus kini ditawarkan di Blue Cube dan gedung Celcom Xclusive di seluruh negara.

Pelanggan boleh membeli peranti berkenaan pada harga bermula dari RM418 selepas rebat bagi model 16GB dan iPhone 6 Plus daripada RM768 seunit selepas penjimatan dan rebat bagi model 16GB dengan pakej kontrak 24 bulan.

Tahun ini, Celcom memperkenalkan program tukar beli buat kali pertama, membolehkan pengguna yang membawa iPhone lama potongan harga tambahan untuk pembelian iPhone terkini.

For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Monday 10 November 2014

Madah Berhelah - Versi Macho lagi Meletup! [VIDEO]

MADAH BERHELAH COVER VERSION

Tajuk Lagu: Madah Berhelah
Penyanyi Asal: Ziana Zain
Video by: KhAi BAhar II
Video published by Sizuka MY