Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Tuesday 11 November 2014

Microsoft beri Office percuma kepada platform Apple dan Google



Microsoft yang sudah lama mencipta nama dalam perisian desktop, menjual setiap perisian yang dibangunkannya. Akan tetapi, dalam usaha syarikat itu untuk kekal relevan dalam dunia yang semakin bertukar ke arah mudah alih, serta untuk bersaing dengan Google, Apple serta pelbagai syarikat lain, kini menawarkan beberapa versi produknya secara percuma untuk telefon pintar dan tablet.

Versi lama pada iPhone membolehkan pengguna membuka dan membaca fail tetapi dengan ciri yang sangat terhad. Dalam versi terdahulu untuk iPad, pengguna perlu melanggan dengan perkhidmatan Office 365 untuk membuka fail baharu.

Aplikasi baharu mempunyai lebih banyak keupayaan seperti yang ditemui pada perisian Office untuk desktop serta tidak perlu melanggan untuk membuka fail dan beberapa fungsi lain. Microsoft bagaimanapun masih simpan beberapa ciri premium termasuk ciri keselamatan untuk pengguna perniagaan, khusus untuk pengguna berbayar.


For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here