Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!
Showing posts with label Automotive. Show all posts
Showing posts with label Automotive. Show all posts

Wednesday, 26 November 2014

Tayar TANPA ANGIN Akan Muncul Di Pasaran!


Bridgestone sudah mencipta airless tyre sejak tahun 2011 lagi, namun kali ini syarikat itu mendakwatelah tampil dengan reka bentuk yang lebih baik dan telah mula mempamerkannya di Paris Motor Show.


Tayar ini tidak kelihatan seperti tayar yang kita sering lihat pada hari ini. Ia kelihatan seperti sejenis penapis udara. Maka mungkin akan bermulalah era tayar tanpa udara menggantikan tayar yang kita sering gunakan sebelum ini.



Di dalam
tayar ini terdiri daripada resin yang dapat menyerap tekanan, hentakan, dan daya. Di luarnya pula terdiri daripada getah yang dapat digantikan dengan mudah tanpa perlu menggantikan keseluruhan tayar. Menakjubkan!

Monday, 17 November 2014

Kereta Yang Menggunakan Kuasa daripada Air Masin - It's Real!




Sebuah kereta dipanggil Quant e - Sportlimousine yang telah dibentangkan pada 2014 Geneva Motor Show adalah kereta elektrik pertama dikuasakan oleh air garam dan kini disahkan dan dibenarkan untuk digunakan di atas jalan awam Eropah.


E- Sportlimousine , dibina oleh syarikat Jerman Quant , berjalan pada aliran elektrolit sistem kuasa sel yang dibuat oleh NanoFlowcell yang menjanakan 920 kuasa kuda , mampu pergi 0-62 mph dalam 2.8 saat , dan berupaya bergerak dengan kelajuan tertinggi 217,5 mph !




For more Info,
please visit and JOIN Facebook group SABAHTECH <<< Click here (Technology Discussion Group)
please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Tuesday, 11 November 2014

Wanita Saudi Dibenar Memandu Jika Tak Ber-Mekap



Majlis Syura Arab Saudi membuat tindakan berani mencadangkan pemerintah negara itu supaya membenarkan wanita memandu tetapi dengan syarat ketat mereka mesti berumur lebih 30 tahun dan tidak boleh bersolek.


Kebenaran itu hanya untuk tempoh sehingga pukul 8 malam setiap hari.

Seorang anggota majlis itu memberitahu, jika cadangan berkenaan diperkenan Raja Abdullah Abdulaziz, wanita yang memenuhi syarat berkenaan juga diwajibkan mendapat kebenaran  suami, bapa atau penjaga mereka sebelum boleh memandu kenderaan.

"Tempoh wanita dibenarkan memandu hanya antara pukul 7 pagi hingga 8 malam bagi Sabtu sehingga Rabu, atau 12 tengah hari hingga 8 malam pada Khamis dan Jumaat," katanya.

Diperintah secara konservatif, Arab Saudi menyambut hujung minggu setiap Khamis dan Jumaat.

Sebelum ini kerajaan mengharamkan wanita memandu kerana pelbagai alasan, sama ada bersandarkan kepada hujah hukum atau kesihatan.

Media pernah melaporkan, ada ulama Arab melarang wanita memandu kerana didakwa boleh menjejaskan ovari masing-masing.

Pengharaman memandu di negara Teluk tidak dinyatakan dalam sebarang undang-undang bertulis sebaliknya dikeluarkan melalui fatwa ulama konservatif setempat.

Sesetengah ulama berpendapat, kebenaran memandu di kalangan wanita akan menyebabkan golongan terbabit sukar dikawal kerana terlalu bebas.

Larangan itu mendapat kritikan aktivis hak asasi wanita tetapi setakat ini belum ada sebarang perubahan dibuat.

Kata sumber itu, jika wanita terbabit memandu dalam kawasan bandar raya masing-masing mereka boleh melakukannya tanpa ditemani mahram.

Bagaimanapun, jika mereka memandu ke luar kawasan tempatan, seorang mahram lelaki wajib berada dalam kereta itu.


Kata sumber, perubahan sikap itu sedikit sebanyak dipengaruhi desakan kumpulan aktivis hak asasi wanita sejak sekian lama.

"Majlis Syura turut menyarankan pembentukan Jabatan Trafik Wanita yang khusus membantu golongan berkenaan jika berlaku kerosakan di tengah jalan, atau berdepan gangguan seksual," katanya.

Wednesday, 22 October 2014

Kerajaan Jepun meluluskan projek 'Bullet Train' terbaru yg berkemampuan pergi sejauh 483Kilometres se-jam!


Keretapi yang hanya akan dapat digunakan pada 2027 akan datang ini bakal menggantikan 'Bullet Train' Jepun kini yang berkuasa untuk bergerak sejauh 322Km dalam satu jam.

Bullet Train yg bakal muncul ini menghubungkan Tokyo dan Nagoya dan memakan belanja sebanyak 50billion dollar.

Jepun juga mengsasarkan untuk memperkembangkan keluasan capaian bullet train ini hingga ke Osaka pada tahun 2045.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Sunday, 19 October 2014

Wednesday, 15 October 2014

JPJ buat operasi khas mulai 1 November ini

Bermula 1 November ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi khas terhadap kesalahan berkaitan nombor pendaftaran, penggunaan Strobe Light dan Lampu HID terhadap pengguna kenderaan di seluruh negara.


Bagi tiga kesalahan berkenaan, pengguna yang dikesan akan diberi saman dan notis larangan serta merta.

Kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu.

Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu, maka kompaun berkenaan akan meningkat antara maksimum RM200 hingga RM250 selepas sebulan tidak dibayar.

Orang ramai juga diberikan masa sehingga 1 Mei tahun depan bagi mematuhi peraturan cermin gelap menerusi Kadar ketelusan cahaya (Visible Light Transmittance -VLT) yang sudah ditetapkan.