Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Tuesday 4 November 2014

Di sebalik kes LIWAT Anwar Ibrahim Yang Anda Perlu Tahu



Saya adalah seorang anak jati Sabah dan saya tidak menyokong politik Anwar Ibrahim di Sabah. Kami orang Sabah berpendapat bahawa, parti politik semenanjung dan agendanya biarlah kekal di semenanjung sahaja. Biar parti politik tempatan Sabah yang mengemudi Sabah. Kami Sabahans yang tulin menolak mana-mana parti dari Barisan Nasional dan juga parti-parti dari Pakatan Rakyat di Sabah. TAPI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM INI NAMPAKNYA SATU PENINDASAN DAN PENGANIAYAAN YANG TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH MANA-MANA MANUSIA YANG PERCAYA DAN BENAR-BENAR MEMATUHI PERINTAH ALLAH.

KES LIWAT ialah bukan tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. 


Tuduhan ini bertujuan untuk memastikan manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalukan dan memburukkan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara. Tapi MENGAPA?



Kes liwat Saiful ini sebenarnya adalah kesinambungan kes liwat Azizan 1998. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara bertindak pada tahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan agenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014.


Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Parti Ketuanan Melayu ini telah 'membelot;. Belot siapa? Membelot Negara? TIDAK. Anwar membelot UMNO.


Pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah di serata pelosok dunia. Banyak syarikat kroni UMNO telah bungkus @ gulung tikar. Ketika krisis ekonomi ini berlaku, Anwar ialah menteri kewangan. Mahathir Muhamad ketika itu ialah perdana menteri.


Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderung dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melingkupkan syarikat kroni dan juga syarikat cucu lelaki Iskandar Kutty sendiri.

Mahathir tidak mahu syarikat kroni dan anak cucunya terjejas. Oleh itu dia tidak boleh menerima cara Anwar Ibrahim. Cara Anwar itu ialah satu pembelotan dan derhaka bagi UMNO kerana tidak menguntungkan ahli UMNO, keluarga ahli dan kroni-kroni mereka.


Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty di satu pihak dengan Tun Daim sebagai panglima manakala Anwar Ibrahim di satu pihak dengan Abim, Ezam, Azmin, Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniaga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang.


Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampuk kuasa. Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang di kepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru itu, satu konspirasi dirancang.


Dalam kaca mata UMNO, Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama orang Melayu. Sesiapa yang menghalang UMNO dari kegiatan melanun harta negara ialah pembelot UMNO.



Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah Anwar bukan meliwat. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan terhadap UMNO. Anwar belot dan lari dari gerombolan Ketuanan Melayu.


Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.


Tapi Kenapa Anwar belot?


Dari segi pensejarahan, selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal perdana menteri. Ketika di puncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia.


Sebagai Mat Santa Klaus, sebagai pemegang mohor gula melaka, Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis 'contract junkies' yang mahukan projek. Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampuk kuasa.


Pada awalnya ketika di tampuk kuasa, Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 menjadi dilema negara ketika itu, semuanya berubah.

Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikehendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni. Ini pecah amanah namanya. Amanah yang dipikul oleh Anwar ialah amanah rakyat. Oleh itu, Anwar TIDAK bersetuju.


Dasar 'bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini berulang. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara.



kondominium Tivoli Villas Bangsar
Tahukah anda, pada 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila peguam bela membuktikan tarikh Azizan diliwat, bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud.. ops..!! lalu tarikh liwat diubah-suai. Ini lah yang berlaku pada perbicaraan di mahkahmah pada tahun 1999.

Tahukah anda, terdapat keraguan munasabah pada kes liwat II yang melibatkan Saiful Bukhari sebagai si pengadu dan Anwar Ibrahim sebagai si perayu? Click di sini untuk membaca keraguan-keraguan yang timbul selepas penyiasatan terperinci yang mungkin membuktikan Saiful berbohong bahawa beliau diliwat.
 

Di sini saya ingin memberitahu bahawa mahkamah wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga seperti SPRM wujud untuk membanteras rasuah, SPR pula wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera UMNO.


Dalam negara Dunia Ketiga seperti Malaysia, mahkamah ialah jentera dan alat UMNO untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya'. Mahkamah tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpaskan dan memenjarakan musuh politik.


-------------------------------------------

Penulisan ini milik asal Hishamuddin Rais, tapi diolah dan disusun semula dengan menggunakan bahasa yang lebih mudah untuk difahami. (bahasa yang digunakan oleh beliau agak tinggi level keputisannya dan mungkin menyukarkan pembaca yang lain untuk memahaminya)