Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!
Showing posts with label Criminal. Show all posts
Showing posts with label Criminal. Show all posts

Monday, 13 April 2015

Guru Besar Simpan Gambar Hubungan Seks Dengan 12,000 Wanita


SEORANG
guru besar sebuah sekolah disiasat selepas dilapor menyimpan gambar seramai 12,000 wanita dan gadis yang dikatakan telah melakukan hubungan seks dengannya.

Guru dari Jepun itu, Yuhei Takashima dikesan menyimpan sebanyak 150,000 keping gambar ketika dia melakukan hubungan seks dengan wanita dan gadis.

Lelaki berusia 64 tahun itu ditahan pada Rabu selepas dia didakwa merakam gambar di ranjang bersama seorang gadis di Manila.

Hasil tangkapan, polis kemudian menyerbu rumah suspek dan menemui sebanyak 150,000 keping gambar yang menyaksikan dirakam ketika di ranjang bersama 'mangsanya'.

Gambar-gambar itu disimpan di dalam 400 album, lapor akhbar tempatan Jepun, Times.

Siasatan polis mendedahkan, Takashima dikesan melakukan hubungan seks dengan gadis berusia seawal 14 tahun hingga warga emas berumur 70 tahun.

Friday, 5 December 2014

Gurauan 'Bom Dalam Bagasi' Membawa Padah...


MIAMI: Gurauan seorang doktor yang memberitahu terdapat bom di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami membawa padah apabila dia dikenakan denda hampir AS$90,000 (RM308,553).

Manuel Alvarado, 60, perlu membayar sebanyak AS$89,172 (RM307,868) kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Tindakannya itu turut mengakibatkan usaha pemindahan kecemasan terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, banyak penerbangan ditunda dan pemeriksaan oleh skuad bom polis, kata peguamnya, Brian Bieber.

Insiden tersebut berlaku sejurus sebelum penumpang menaiki penerbangan Aviance ke Bogota pada 22 Oktober lalu apabila doktor warga Venezuela itu dengan nada bergurau memberitahu pegawai keselamatan bahawa dia membawa bahan letupan jenis C-4.

Walaupun dia kemudiannya memberitahu bahawa kenyataan tersebut hanya sekadar gurauan tetapi ia sudah terlambat kerana pihak berkuasa lapangan terbang mengambil seirus terhadap perkara itu.

Bieber berkata, dia tidak berniat untuk menakutkan sesiapa dan menyedari apa yang dilakukannya sebagai kesilapan terburuk dalam hidupnya.

Sejak tragedi serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2011 , penalti terhadap ancaman bom telah diperketatkan beberapa kali.

BUNUH DIRI: Kurung Diri Dalam Penyejuk Beku


Seorang wanita warga Perancis ditemui mati dalam keadaan mengurung diri dalam penyejuk beku, dipercayai sebagai cubaannya membunuh diri, kata polis pada Selasa.


Wanita berusia 57 tahun itu dipercayai mengalami masalah kesunyian kerana hidup bersendirian.

Pegawai bomba membuat penemuan yang mengerikan itu selepas mendapat arahan untuk memeriksa rumah wanita berkenaan di pinggir Paris.

Anak perempuan kepada wanita berkenaan menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang selepas tidak mendapat sebarang khabar berita daripada ibunya.

Menurut sumber polis kepada AFP, para pegawai menemui mayatnya dalam keadaan terperosok di dalam penyejuk beku selepas pemeriksaan dibuat ke atas rumah itu.

"Dia telah mengurung dirinya di situ (penyejuk beku) sebagai cubaan untuk membunuh diri," kata sumber itu.
Pihak berkuasa turut menemui lima pucuk surat daripada wanita yang dialamatkan kepada beberapa ahli keluarganya.

Pejuang JIHAD Mahu Pulang Rumah Kerana Bosan Cuci Tandas...


Seorang lelaki yang pergi berjihad ke Timur Tengah untuk menyertai Kumpulan militan Negara Islam (IS) mendedahkan sudah bosan dan mahu pulang ke rumahnya selepas diarahkan untuk membersihkan tandas.


Selain tidak tahan dengan cuaca sejuk di Syria, salah seorang rakan lelaki tersebut ingin meninggalkan kumpulan tersebut kerana iPodnya tidak berfungsi.

Kebanyakan rekrut asing kumpulan tersebut menghantar surat kepada ibu bapa mereka secara senyap dengan meluahkan perasaan kesal dan kecewa menyertai jihad.

Pelajar kejuruteraan, Areeb Majeed, 23, yang meninggalkan rumahnya bersama tiga yang lain untuk menyertai IS pada Mei berlepas pulang semula ke rumahnya di India pada Jumaat.


Dia mengadu diarahkan untuk melakukan kerja-kerja berat dan bukannya berjuang di barisan hadapan.

Beberapa remaja dari Perancis yang memeluk Islam mendedahkan mereka juga sedang mempertimbangkan keputusan untuk meninggalkan kumpulan militan itu.

"iPod saya sudah lagi tidak berfungsi di sini. Saya mahu pulang ke rumah dengan segera," katanya.

Malah, ada dikalangan mereka mendedahkan ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengagihkan makanan.

"Saya hanya mengagihkan makanan dan membersihkan pakaian. Musim sejuk sudah bermula. Keadaan semakin sukar di sini," katanya.

Majeed ditahan dan didakwa diatas kesalahan melakukan keganasan oleh Agensi Penyiasatan India Kebangsaan sebaik tiba di negara itu.

Wednesday, 26 November 2014

Gara-gara Tidur Dengan Suami Orang...


Tanpa perasaan belas kasihan, seorang wanita telah dipukul dan dibogelkan secara paksa oleh sekumpulan wanita di sebuah jalan raya yang sibuk di Puyang, China.

Lin Yao Li, 38, ditendang di celah kelangkang dan payu daranya. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu mengatakan  Lin tidak layak dibantu kerana Lin telah tidur dengan suami orang.



Lin diserbu empat wanita ketika berjalang pulang dari membeli-belah. Setelah ditumbuk dan ditendang sehingga terjatuh, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendangnya.



Kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang baru di China.

Tuesday, 25 November 2014

Budak 2tahun Diseksa Pengasuh [VIDEO]



kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dibaling ke lantai sebelum dipukul, dipijak dan ditendang oleh pengasuhnya.

Bagaimana pun tindakan Jolly Tumuhiirwe,22, yang menyiksa

Sebelum itu, rakaman turut memaparkan Tumuhiirwe memukul muka Aneela ketika menyuap makanan.



Bapa Aneela, Erick Kamanzi melihat rakaman itu selepas mendapati kesan lebam di badan anaknya.

Aneela Kamanzi kerana muntah selepas makan malam dirakam melalui kamera tersembunyi di ruang tamu rumah keluarga Kamanzi.

Berang dengan kelakuan Tumuhiirwe itu, lelaki tersebut memukulnya sehingga mendatangkan kecederaan serius.Pengasuh itu membuat laporan polis menyebabkan Kamanzi ditahan.

Namun selepas dia menunjukkan rakaman penderaan itu kepada polis, tuduhan terhadap Kamanzi yang bekerja di sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Kampala digugurkan.

Tumuhiirwe yang bekerja di rumah itu lebih kurang tiga bulan ditahan dan didakwa di bawah Akta Anti-Keseksaan Uganda di Mahkamah Nakawa pada 8 Disember ini.
Dia kini dikatakan terpaksa menggunakan kerusi roda dan mengguna saluran tiub untuk makan.

Pihak polis juga turut mendakwa Tumuhiirwe dengan percubaan membunuh.




Laporan mendedahkan Aneela telah meninggal dunia pada 15 November lalu, namun pihak penyiasat menafikannya dan memberitahu kanak-kanak itu sedang menjalani rawatan.

Monday, 24 November 2014

Polis Tembak Budak 12 Tahun Kerana Pegang Pistol Tiruan


WASHINGTON: Polis di Cleveland dilapor melepaskan tembakan ke arah seorang budak lelaki berusia 12 tahun kerana mangsa melambai menggunakan sepucuk pistol tiruan ketika berada di taman permainan pada Sabtu.

Menurut laporan akhbar The Plain Dealer, anggota polis terbabit ke taman permainan berkenaan selepas mendapat laporan bahawa seorang kanak-kanak sedang memegang senjata api tiruan.


Anggota polis yang baru setahun berkhidmat itu ketika tiba di lokasi tersebut telah meminta mangsa mengangkat tangan dan membuang pistol berkenaan.

Keengganan mangsa mengikut arahan tersebut telah memaksa polis melepaskan tembakan yang terkena tubuhnya.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan. Bagaimanapun, budak lelaki kulit hitam yang tidak didedahkan identiti itu kemudian disahkan meninggal dunia pada Ahad.

Berikutan itu, anggota polis terbabit kini telah ditahan kerana membunuh.

Friday, 21 November 2014

Bekas vokalis Exist, Ezad didakwa miliki Syabu




Bekas vokalis utama kumpulan Exist, Ezad, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, Rabu lepas.
 
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 35, didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama dekat sini pada 1.30 tengah hari 19 November lepas.

 
Ezad, yang popular dengan lagu 'Jesnita' didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Dis untuk sebutan. 
 
Ezad, yang pernah berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie' membayar wang jaminan itu.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy manakala Ezad tidak diwakili peguam.
 
- Bernama

Wednesday, 19 November 2014

Imam Rayu Mahkamah Lepaskan Pemuda Kristian Bawa Kepala Babi


Seorang imam terkemuka di British merayu kepada mahkamah supaya melepaskan empat lelaki Kristian yang telah meninggalkan kepala babi di perkarangan sebuah masjid di Blackpool.

Tindakan empat lelaki meninggalkan kepala babi tersebut dipercayai satu gurauan (prank) tetapi pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana ia merupakan provokasi agama.
Crabtree (kiri) dan White.
Imam Masjid Central Blackpool itu membuat rayuan kepada mahkamah supaya tidak menjatuhkan hukuman penjara kepada empat lelaki berkenaan meskipun tindakan mereka melampaui batas bagi penganut Islam.

Imam Ashfaq Patel dalam rayuannya berkata," Diatas kesedaran mereka (suspek) terhadap jenayah dan kesilapan yang telah dilakukan, saya tidak fikir mereka perlu berakhir disebalik tembok (penjara)."
Imam Ashfaq
Bagaimanapun Hakim Graham Knowles dalam keadaan terharu memberitahu,"Anda (suspek) bertuah, kerana sekarang pun imam meminta rahmat terhadap anda dan cuba memahami anda."

Keempat-empat lelaki yang digelar samseng oleh media itu kemudian dijatuhi hukuman berbeza dengan Thomas Ashton, 21 (dipenjara 10 bulan), Andrew Warner, 31 (tujuh bulan),  Travis Crabtree, 25 (14 bulan) dan Steven White, 28 (lapan bulan).


Ashton (kiri) dan Warner
Kepala babi itu ditemui di dalam sebuah beg di tempat letak kenderaan masjid tersebut.

Ia didakwa dibawa oleh Ashton dan Crabtree manakala Warner dan White hanya sekadar mengikuti gurauan berkenaan.

Sunday, 16 November 2014

Perang CYBER China-Amerika



AS Dakwa China Lancar Perang Siber & Curi Maklumat Rahsia 

WASHINGTON: China didakwa melancarkan perang siber secara besar-besaran terhadap Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan kerugian berbilion dolar setiap tahun, jelas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey.

Ketua FBI itu memberitahu, program  '60 Minit' yang dilancarkan China bertujuan mencuri maklumat rahsia daripada firma-firma utama di AS.


"Kerugian setiap tahun akibat serangan dari China itu tidak terkira , mungkin cecah bilion," jelasnya.
Ketika ditanya negara manakah lagi yang menggodam data di AS, Comey menjawab, "Saya tidak boleh memberi senarai penuh, tetapi...saya boleh memberitahu bahawa China berada di kedudukan teratas senarai ini.



For more Info,
please visit and JOIN Facebook group SABAHTECH <<< Click here (Technology Discussion Group)
please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Friday, 7 November 2014

Bunuh 38 Pesakit Kerana Sakit Hati dan Untuk Suka-suka


ROME: Seorang jururawat di sebuah hospital di sini disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.


Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.

Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu.

Terdapat laporan yang menyebut dia dipercayai membunuh pesakitnya menggunakan kalium, manakala seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia.

Jururawat berusia 42 tahun itu juga pernah secara berseloroh mahu memberikan kalium klorida kepada seorang pesakit yang tenat.

Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.

Wanita ini menjadi suspek berikutan siasatan kes kematian mengejut pesakit di bawah jagaannya, Rosa Calderoni, 78, April lalu.

Ujian menunjukkan saluran darah pesara itu mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung.

Bahan itu digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.

Ketua Pendakwa Raya Alessandro Mancini memberitahu sidang akhbar, pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam siasatan ke atas Daniela.

Thursday, 6 November 2014

Kerajaan Malaysia menggodam laman web Amerika yang memuatkan laporan rasuah di Malaysia...



Bruno Manser Fund (BMF) mendakwa bahawa kerajaan Malaysia dikesan menggodam laman web yang memuatkan laporan mengenai buku ‘Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia’ tulisan Lukas Straumann.


Buku tersebut mendakwa berlaku amalan rasuah di pihak bekas ketua menteri Sarawak itu yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya berhubung dengan industri pembalakan di negeri itu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BMF semalam mendakwa Environment News Service (ENS) yang berpangkalan di di Amerika Syarikat melaporkan bahawa laman webnya diserang kerana menyiarkan laporan mengenai buku tersebut.

"Sejurus selepas siaran akhbar anda mengumumkan buku itu dihantar, server ENS dan World-Wire teruk diserang. Pasukan keselamatan kami mengesan laluan kembali kepada kerajaan Malaysia. Mereka berjaya menutup server kami selama kira-kira dua jam, " kata kenyataan itu.

Penulis buku itu, Straumann, yang yang pengarah eksekutif BMF, berkata serangan terhadap laman web ini mengejutkan kerana ia adalah haram untuk berbuat demikian.

Pihaknya menuntut penjelasan daripada kerajaan Malaysia dan jaminan bahawa pegawai-pegawai Malaysia tidak akan melakukan apa-apa langkah-langkah lanjut untuk menghalang pengedaran dan laporan mengenai buku itu.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here

Dua pelajar belasah murid tahun lima sudah dibuang sekolah [VIDEO]



KANGAR: Pengarah Pendidikan negeri (JPN), Dun Kasa mengesahkan dua daripada tujuh pelajar sekolah menengah berusia 14 dn 13 tahun yang didakwa membelasah seorang murid tahun lima dalam rakaman video klip di asrama anak yatim di sini pada penghujung Mei lalu sudah dikenakan tindakan buang sekolah.



Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa dua pelajar itu bukan saja dibuang sekolah kerana kes berkenaan tetapi juga disebabkan beberapa kesalahan disiplin yang lain.

"Saya ada melawat sekolah pelajar berkenaan dan diberitahu mengenai tindakan yang dikenakan terhadap mereka.

"Dua dibuang sekolah, manakala lima lagi diberikan amaran.

"Pihak jabatan sememangnya maklum mengenai kejadian yang berlaku Mei lalu itu tetapi ia berlaku di asrama seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bukan pengurusan JPN," katanya, ketika ditemui, di sini tadi.

Dun berkata, mangsa juga masih belajar di sekolah yang sama dan menginap di asrama berkenaan.

Wednesday, 5 November 2014

12 keraguan Munasabah Kes Liwat II Anwar-Saiful



1. Pihak pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan sampel 'Lelaki Y' yang dikaitkan dengan kes liwat Saiful ialah Anwar Ibrahim. Siapa sebenarnya yang telah meliwat Saiful menjadi tanda tanya.

2.
18 alel ditemui di tuala yang didakwa digunakan oleh Anwar yang bukan milik Anwar. Jude Periera (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya. Tuduhan terhadap Anwar sepatutnya lucut serta merta sama seperti Hanif, seorang jurutera di Shah Alam yang dibebaskan daripada kes pembunuhan Norita Samsuddin kerana terdapat kehadiran air mani atau DNA orang lain pada Norita.Allele(alel) definition: each of two or more alternative forms of a gene that arise by mutation and are found at the same place on a chromosome.

3. T
iada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor HKL. Jude membuka beg plastik yang mengandungi sampel daripada Saiful. Ia (sampel) mungkin dikompromi.

4.
Doktor Hospital Kuala Lumpur tidak menemui sebarang tanda koyakan pada dubur atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful. Justeru terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Dr Mohd Osman (Doktor HKL) mendapati dubur Saiful dalam keadaan normal. Timbul keraguan bagaimana air mani boleh ditemui di dalam rektum
apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration).

5. Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit. Kenyataan bercanggah yang mungkin disebabkan pembohongan.

6. Jika Saiful diliwat tempoh yang lebih lama (30minit) , akan terdapat tanda-tanda kecederaan. Tapi doktor HKL tidak menemui sebarang kecederaan. Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful.

7.
Laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi peliknya tiada luka akibat mempertahankan diri. Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan. Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi peliknya tiada kecederaan.

8.
Tiada kesan air mani pada seluar dalam Saiful selepas insiden itu. Seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan air mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.
Jika kesan air mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden. Peguam bela Anwar menyifatkan ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela tentang air mani tersebut.


9. Sampel yang diambil daripada Saiful boleh dipersoalkan integritinya. Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun dan ia diberi kepada Jabatan Kimia pada 30 hari bulan. Sampel daripada Saiful patut disimpan dalam peti sejuk tetapi sebaliknya disimpan dalam kabinet Supt Jude Pereira. Sapuan pada dubur hanya diberikan kepada ahli kimia selepas 96 jam selepas insiden didakwa berlaku itu. Ahli kimia kerajaan bersetuju bahawa akan berlaku penurunan (degradation) selepas 36 jam. Sampel itu tidak sah untuk diguna-pakai.

10. Terdapat DNA lelaki yang tidak diketahui (bukan milik Anwar) ditemui pada sampel sapuan perianal Saiful. Sampel ini tidak boleh dipercayai dan tidak sah untuk dikaitkan dengan Anwar.

11.
Laporan polis Saiful menyebut insiden liwat berlaku pada jam 3.30 petang di unit(rumah) bernombor 11-5-1, Kondominium Desa Damansara. Saiful menyebut dia dipaksa mengambil posisi di atas permaidani. Tetapi permaidani sutera cina yang menjadi bahan bukti pendakwaan diambil dari unit bernombor 11-5-2 (bersebelahan dengan unit 11-5-1). Dan tiada bukti(rekod) pemindahan permaidani dilakukan dan tidak ada sebab pemindahan dilakukan. Bahan bukti ini tidak boleh dipercayai.

12. Testimoni Najwan yang menyebut Saiful biasanya memuat naik gambarnya bersama pemimpin-pemimpin dan logo BN di samping gambar Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “pemimpin munafik” Tetapi Najwan terkejut, Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu(Anwar)


---------------------------------------------------------

TAHUKAH ANDA.. video rakaman yang kononnya Saiful bersumpah lakhnat di depan kaabah (untuk bersumpah bahawa beliau diliwat) menggunakan teknik Green Screen (Saiful tidak betul2 berada di Makah). Ini meragukan ramai orang bahawa beliau benar-benar diliwat. Pembohongan di dalam video ini mencerminkan sifat diri Saiful yang sanggup berbohong atas nama Allah.


TAHUKAH ANDA... pada 1998, Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Peguam bela membuktikan ketika tarikh Azizan diliwat, bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud..kuang kuang kuang..

Cerita di sebalik Kes Liwat Anwar-Azizan >>> CLICK HERE <<<

Sunday, 2 November 2014

Lelaki Sering Adakan Seks Dengan Anjing Peliharaan


MIAMI: Seorang lelaki didakwa bertindak kejam terhadap anjing peliharaannya, Piglet kerana mengadakan seks dengan haiwan itu.


Jonnie Boggess ditahan selepas kumpulan hak asasi haiwan membuat laporan mendakwa lelaki berusia 47 tahun itu mengadakan seks dengan anjingnya.

Susulan itu, siasatan dilakukan terhadap lelaki berkenaan dan dia menafikan bertindak kejam atau mengasari, seperti dilaporkan kumpulan itu.

Pihak berkuasa memaklumkan, Boggess mendakwa dia tidak bertindak kejam dan tidak menyalahi undang-undang kerana berat Piglet melebihi 18 kilogram dan ia sudah dimandulkan.

Malahan, lelaki itu juga mendakwa dia tidak bertindak kasar ketika mengadakan seks dengan Piglet.

“Boggess memberitahu, selepas mengadakan seks dengan anjingnya, dia akan memeluk Piglet, membelainya dan memberitahunya dia mencintainya,” kata jurucakap polis daerah Kanawha, Sarjan Larry O’Brien.

Selepas beberapa lama disoal siasat, Boggess akhirnya mengakui dia sepatutnya tidak mengadakan seks dengan anjingnya dan mendakwa mabuk ketika melakukannya.

Bagaimanapun, jiran Boggess tidak mempercayai pengakuan yang dibuatnya.

“Dia sering mengadakan seks dengan haiwan. Kami tidak hairan dia ditangkap kerana perbuatannya itu,” kata seorang jirannya.

O'Brien berkata, anjing berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa dan Boggess kini menunggu masa untuk dikenakan tindakan mahkamah.

Saturday, 1 November 2014

Kim Jong-Un bunuh 10 pegawai kerana menonton TV Show asing



Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, baru-baru ini telah mengarahkan agar 10 pegawai kerajaan dari Larbour Party ditembak mati karena tertangkap menonton 'Soap Opera', sebuah rancangan televisyen Korea Selatan.

Ini melengkapkan pembunuhan arahannya yang ke-50 untuk tahun ini sahaja!

Di Korea Utara, menonton film asing menjadi salah satu kesalahan dan seseorang itu akan dihukum bunuh jika ingkar pada undang-undang negara itu. Ternyata presiden Korea Utara itu mempunyai 'mata-mata' yang akan melaporkan setiap pergerakan pegawai-pegawai kerajaan dan juga rakyat biasa.

Dutch Reporter Sexually Harassed in Iran [VIDEO]




Llink Op Reis is a Dutch travel program that shoots video footage of tourist destinations around the world.


On one trip to Iran in 2007, the show captured some extremely disturbing footage that serves as an intriguing contrast to a current viral video detailing the harassment an American woman faced while walking around New York City.



The Llink Op Reis footage shows a female Dutch TV presenter being followed by a small crowd of Iranian men. At first, she seems to be unconcerned with the attention, but that changes as the men begin to grope her:
"Hey! Hey! This is not normal anymore. These guys are constantly fondling my ass… and squeezing my tits!"
After moving to a nearby building, an Iranian official who has turned back the crowd also begins to grope and attempt to kiss Llink Op Reis’ female presenter.
"I get street harassed too! After 10 hours of walking through New York, I had 2 minutes of people tell me that I was beautiful and that I should have a good day!"

Friday, 31 October 2014

Emergency hotline 911 receives a pizza order from a lady that needs help


A woman who is a victim of domestic violence called 911 for help but was unable to directly discuss of what was happening to her so she used a code-like conversation by starting to order a pizza.

Fortunately, the dispatcher did not take her call lightly, instead he became intuitive and analyzed her situation very carefully.

Read the transcript of the conversation between the victim and the dispatcher and noticed how well their thoughts were connected to each other.
“911, where is your emergency?”
“123 Main St.”
“Ok, what’s going on there?”
“I’d like to order a pizza for delivery.” (oh great, another prank call).
“Ma’am, you’ve reached 911″
“Yeah, I know. Can I have a large with half pepperoni, half mushroom and peppers?”
“Ummm…. I’m sorry, you know you’ve called 911 right?”
“Yeah, do you know how long it will be?”
“Ok, Ma’am, is everything ok over there? do you have an emergency?”
“Yes, I do.”
“..And you can’t talk about it because there’s someone in the room with you?” (moment of realization)
“Yes, that’s correct. Do you know how long it will be?”
“I have an officer about a mile from your location. Are there any weapons in your house?”
“Nope.”
“Can you stay on the phone with me?”
“Nope. See you soon, thanks”
According to the dispatcher, he checked the history of the address given by the lady and found out that there were records of multiple domestic violence from the previous calls.

Tuesday, 28 October 2014

Doktor keluarkan 12 jarum daripada tubuh bayi di China



EIJING: Jarum yang dicucuk pada tubuh seorang bayi 11 bulan oleh ibu saudaranya dikeluarkan dengan secara pembedahan semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Doktor di Hospital Kanak-Kanak Beijing berkata Fan Zixuan dari timur Wilayah Shandong berada dalam keadaan baik dan kemungkinan sembuh dalam masa seminggu.



Fan didapati mempunyai 12 jarum suntikan dan jarum jahitan di dalam tubuhnya yang menyucuk hati, buah pinggang dan organ lain.


Ibu saudaranya yang disyaki polis menyucuk jarum itu ke tubuh bayi berkenaan, membunuh dirinya dengan minum racun Jumaat lalu.

Awal tahun ini, seorang wanita dari Wilayah Hubei ditahan selepas disyaki memotong telinga anak saudaranya yang berusia enam tahun.

Saturday, 25 October 2014

Pelajar MRSM patah rusuk kes dibelasah senior


Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Balik Pulau patah tulang rusuk dipercayai dibelasah lapan pelajar Tingkatan Empat di bilik asramanya, Rabu lepas.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian antara pukul 11.45 malam dan 1 pagi itu mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua belah bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar terbabit.

"Warden hanya mengetahui kejadian itu keesokan harinya dan mangsa dihantar pulang menaiki kapal terbang dan setibanya di Lapangan Terbang Subang, bapanya terus membawanya ke hospital di Klang, Selangor untuk pemeriksaan," katanya di Balik Pulau semalam.

Beliau berkata mangsa kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang berikutan serpihan tulang rusuk yang patah itu mengenai jantung mangsa.

Katanya kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati apabila mangsa bersama seorang rakannya yang merupakan pelajar tingkatan tiga menggeledah bilik pelajar tingkatan empat berkenaan kerana mencari kasut rakannya yang hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu daripada ibu mangsa hari ini.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti lapan pelajar terbabit dan sedang menyiasat kes ini dari pelbagai sudut dan pelajar berkenaan akan ditahan untuk membantu siasatan dalam tempoh terdekat.