Seorang imam terkemuka di British merayu kepada mahkamah supaya melepaskan empat lelaki Kristian yang telah meninggalkan kepala babi di perkarangan sebuah masjid di Blackpool.
Tindakan empat lelaki meninggalkan kepala babi tersebut dipercayai satu gurauan (prank) tetapi pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana ia merupakan provokasi agama.
Imam Ashfaq |
Keempat-empat lelaki yang digelar samseng oleh media itu kemudian dijatuhi hukuman berbeza dengan Thomas Ashton, 21 (dipenjara 10 bulan), Andrew Warner, 31 (tujuh bulan), Travis Crabtree, 25 (14 bulan) dan Steven White, 28 (lapan bulan).
Ashton (kiri) dan Warner |
Ia didakwa dibawa oleh Ashton dan Crabtree manakala Warner dan White hanya sekadar mengikuti gurauan berkenaan.