Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Wednesday 5 November 2014

12 keraguan Munasabah Kes Liwat II Anwar-Saiful



1. Pihak pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan sampel 'Lelaki Y' yang dikaitkan dengan kes liwat Saiful ialah Anwar Ibrahim. Siapa sebenarnya yang telah meliwat Saiful menjadi tanda tanya.

2.
18 alel ditemui di tuala yang didakwa digunakan oleh Anwar yang bukan milik Anwar. Jude Periera (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya. Tuduhan terhadap Anwar sepatutnya lucut serta merta sama seperti Hanif, seorang jurutera di Shah Alam yang dibebaskan daripada kes pembunuhan Norita Samsuddin kerana terdapat kehadiran air mani atau DNA orang lain pada Norita.Allele(alel) definition: each of two or more alternative forms of a gene that arise by mutation and are found at the same place on a chromosome.

3. T
iada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor HKL. Jude membuka beg plastik yang mengandungi sampel daripada Saiful. Ia (sampel) mungkin dikompromi.

4.
Doktor Hospital Kuala Lumpur tidak menemui sebarang tanda koyakan pada dubur atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful. Justeru terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Dr Mohd Osman (Doktor HKL) mendapati dubur Saiful dalam keadaan normal. Timbul keraguan bagaimana air mani boleh ditemui di dalam rektum
apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration).

5. Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit. Kenyataan bercanggah yang mungkin disebabkan pembohongan.

6. Jika Saiful diliwat tempoh yang lebih lama (30minit) , akan terdapat tanda-tanda kecederaan. Tapi doktor HKL tidak menemui sebarang kecederaan. Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful.

7.
Laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi peliknya tiada luka akibat mempertahankan diri. Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan. Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi peliknya tiada kecederaan.

8.
Tiada kesan air mani pada seluar dalam Saiful selepas insiden itu. Seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan air mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.
Jika kesan air mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden. Peguam bela Anwar menyifatkan ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela tentang air mani tersebut.


9. Sampel yang diambil daripada Saiful boleh dipersoalkan integritinya. Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun dan ia diberi kepada Jabatan Kimia pada 30 hari bulan. Sampel daripada Saiful patut disimpan dalam peti sejuk tetapi sebaliknya disimpan dalam kabinet Supt Jude Pereira. Sapuan pada dubur hanya diberikan kepada ahli kimia selepas 96 jam selepas insiden didakwa berlaku itu. Ahli kimia kerajaan bersetuju bahawa akan berlaku penurunan (degradation) selepas 36 jam. Sampel itu tidak sah untuk diguna-pakai.

10. Terdapat DNA lelaki yang tidak diketahui (bukan milik Anwar) ditemui pada sampel sapuan perianal Saiful. Sampel ini tidak boleh dipercayai dan tidak sah untuk dikaitkan dengan Anwar.

11.
Laporan polis Saiful menyebut insiden liwat berlaku pada jam 3.30 petang di unit(rumah) bernombor 11-5-1, Kondominium Desa Damansara. Saiful menyebut dia dipaksa mengambil posisi di atas permaidani. Tetapi permaidani sutera cina yang menjadi bahan bukti pendakwaan diambil dari unit bernombor 11-5-2 (bersebelahan dengan unit 11-5-1). Dan tiada bukti(rekod) pemindahan permaidani dilakukan dan tidak ada sebab pemindahan dilakukan. Bahan bukti ini tidak boleh dipercayai.

12. Testimoni Najwan yang menyebut Saiful biasanya memuat naik gambarnya bersama pemimpin-pemimpin dan logo BN di samping gambar Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “pemimpin munafik” Tetapi Najwan terkejut, Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu(Anwar)


---------------------------------------------------------

TAHUKAH ANDA.. video rakaman yang kononnya Saiful bersumpah lakhnat di depan kaabah (untuk bersumpah bahawa beliau diliwat) menggunakan teknik Green Screen (Saiful tidak betul2 berada di Makah). Ini meragukan ramai orang bahawa beliau benar-benar diliwat. Pembohongan di dalam video ini mencerminkan sifat diri Saiful yang sanggup berbohong atas nama Allah.


TAHUKAH ANDA... pada 1998, Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Peguam bela membuktikan ketika tarikh Azizan diliwat, bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud..kuang kuang kuang..

Cerita di sebalik Kes Liwat Anwar-Azizan >>> CLICK HERE <<<