AeroMobil keluarkan kereta terbang dengan dua tempat duduk !
AeroMobil, sebuah syarikat yang diterajui dua usahawan Juraj Vaculik
dan Stefan Klein, memperkenalkan kereta yang mampu terbang sejauh 700
kilometer dengan satu isian tangki penuh. wow!
Kenderaan berkenaan boleh dipandu di jalan biasa dan apabila mencapai
jarak terbuka sejauh 200 meter, membuka sayap dan terbang.
Ia beroperasi menggunakan minyak biasa di pasaran. Ditambah dengan
keupayaannya untuk berlepas daripada kelajuan darat 130 kilometer sejam,
maka ia tidak perlukan lapangan terbang.
Vaculik yang agak kecewa kerana tidak dapat permit untuk membuat
penerbangan ujian pada festival promosi ciptaannya itu, bagaimanapun yakin dapat menjual
kenderaan itu di negara yang mempunyai dasar lebih terbuka seperti
Australia, Brazil dan beberapa negara Asia Barat.
For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here
For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here