Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Thursday 6 November 2014

ASUS lancar dua model router terbaru!


ASUS Malaysia memperkenalkan dua model router tanpa wayar terbaharu, RT-AC87U dan RT-N18U khusus untuk meningkatkan kelajuan capaian internet pengguna pada pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet, komputer riba dan Smart TV.

RT-AC87U adalah router pertama di dunia dilengkapi empat terminal transmitter antena dan receiver yang dipadankan dengan sistem jalur lebar berkembar gigabit tanpa wayar, AC2400. 

Ia juga didatangkan dengan teknologi keselamatan AiProtection yang menawarkan perlindungan terhadap peranti peribadi pengguna daripada sebarang ancaman perisian malware, serangan siber serta memastikan privasi pengguna sentiasa dilindungi.

Sementara itu, RT-N18U pula adalah wireless router berkuasa tinggi 2.4GHz yang dipadankan dengan sambungan tambahan Gigabit Ethernet(LAN cable) untuk pengguna di rumah.

Didatangkan dengan teknologi TurboQAM, RT-N18U mampu meningkatkan kelajuan rangkaian hingga 600 Mbps (megabyte persecond) yang berupaya melaksanakan pelbagai tugasan aplikasi multimedia seperti strim video berdefinisi tinggi (HD), permainan dalam talian dan perkongsian fail.

Kedua-dua model RT-AC87U dan RT-N18U kini sudah berada di pasaran dan masing-masing dijual pada harga RM1,199 dan RM409.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here