Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Thursday 6 November 2014

Lenovo 2 in 1


Lenovo Malaysia kini memasuki segmen baharu teknologi apabila beralih daripada komputer kepada telefon pintar dan tablet menerusi penghasilan peranti 2 dalam 1.

"Kami bukan sekadar melihat komputer tetapi 'komputer tambahan' merangkumi telefon pintar dan tablet," kata Pengurus Besar Serantau, Khoo Hung Chuan.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran produk terbaharu Lenovo Yoga 3 Pro dan Yoga Tablet 2 Pro.
Katanya, walaupun kehadiran Lenovo di pasaran sebagai pengeluar komputer, syarikat berkenaan sentiasa berusaha menawarkan produk baharu bagi memenuhi permintaan peminat yang sentiasa memburu peranti baharu serba menarik.

"Sasaran kami ialah pengguna yang meminati peranti 2 dalam 1, menggabungkan elemen hiburan dan perkakasan produktiviti tanpa perlu membawa dua peranti berbeza."

"Produk baharu kami yang lebih nipis dan ringan, boleh mengisi keperluan itu," kata Khoo.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here