Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Friday 5 December 2014

Pejuang JIHAD Mahu Pulang Rumah Kerana Bosan Cuci Tandas...


Seorang lelaki yang pergi berjihad ke Timur Tengah untuk menyertai Kumpulan militan Negara Islam (IS) mendedahkan sudah bosan dan mahu pulang ke rumahnya selepas diarahkan untuk membersihkan tandas.


Selain tidak tahan dengan cuaca sejuk di Syria, salah seorang rakan lelaki tersebut ingin meninggalkan kumpulan tersebut kerana iPodnya tidak berfungsi.

Kebanyakan rekrut asing kumpulan tersebut menghantar surat kepada ibu bapa mereka secara senyap dengan meluahkan perasaan kesal dan kecewa menyertai jihad.

Pelajar kejuruteraan, Areeb Majeed, 23, yang meninggalkan rumahnya bersama tiga yang lain untuk menyertai IS pada Mei berlepas pulang semula ke rumahnya di India pada Jumaat.


Dia mengadu diarahkan untuk melakukan kerja-kerja berat dan bukannya berjuang di barisan hadapan.

Beberapa remaja dari Perancis yang memeluk Islam mendedahkan mereka juga sedang mempertimbangkan keputusan untuk meninggalkan kumpulan militan itu.

"iPod saya sudah lagi tidak berfungsi di sini. Saya mahu pulang ke rumah dengan segera," katanya.

Malah, ada dikalangan mereka mendedahkan ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengagihkan makanan.

"Saya hanya mengagihkan makanan dan membersihkan pakaian. Musim sejuk sudah bermula. Keadaan semakin sukar di sini," katanya.

Majeed ditahan dan didakwa diatas kesalahan melakukan keganasan oleh Agensi Penyiasatan India Kebangsaan sebaik tiba di negara itu.