Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Monday 24 November 2014

Polis Tembak Budak 12 Tahun Kerana Pegang Pistol Tiruan


WASHINGTON: Polis di Cleveland dilapor melepaskan tembakan ke arah seorang budak lelaki berusia 12 tahun kerana mangsa melambai menggunakan sepucuk pistol tiruan ketika berada di taman permainan pada Sabtu.

Menurut laporan akhbar The Plain Dealer, anggota polis terbabit ke taman permainan berkenaan selepas mendapat laporan bahawa seorang kanak-kanak sedang memegang senjata api tiruan.


Anggota polis yang baru setahun berkhidmat itu ketika tiba di lokasi tersebut telah meminta mangsa mengangkat tangan dan membuang pistol berkenaan.

Keengganan mangsa mengikut arahan tersebut telah memaksa polis melepaskan tembakan yang terkena tubuhnya.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan. Bagaimanapun, budak lelaki kulit hitam yang tidak didedahkan identiti itu kemudian disahkan meninggal dunia pada Ahad.

Berikutan itu, anggota polis terbabit kini telah ditahan kerana membunuh.