Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Monday 24 November 2014

China bina PULAU TIRUAN di kepulauan Spratly



China merancang membina sebuah pulau tiruan di Laut China Selatan untuk digunakan sebagai pangkalan tentera, lengkap dengan landasan kapal terbang dan pelabuhan.

Akhbar South China Morning Post memetik seorang pegawai sebagai berkata, pulau berkenaan akan disambung dengan Beting Fiery Cross, bahagian Kepulauan Spratly yang terbabit dalam tuntutan bertindih dengan negara lain.

Rancangan itu, jika diluluskan akan menjadi petanda selanjutnya mengenai perubahan taktik China dalam menangani pertikaian berkait dengan tuntutan hak ketuanan.



Filipina bulan lalu membantah kegiatan menebus guna tanah yang dilakukan China berhampiran Beting Johnson South, kawasan yang menyaksikan pertelingkahan bersenjata meletus antara tentera China dengan Vietnam pada 1988 ekoran pendudukan Beijing ke atas beting itu.

Dengan perkembangan terbaru di Laut China Selatan yang menyebabkan China menjadi tumpuan antarabangsa, penganalisis memberi amaran, kerja menebus semula tanah di Beting Fiery Cross yang dituntut oleh China, Filipina dan Vietnam, akan memburukkan lagi hubungan Beijing dengan negara jirannya.

Sekiranya ia siap kelak, pulau buatan manusia itu akan dua kali ganda lebih daripada pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia di Lautan Hindi.

Seorang pegawai kanan tentera berkata, landasan kapal terbang di pulau itu membolehkan China bersiap sedia untuk mewujudkan zon pengenalan pertahanan udara di Laut China Selatan.

“Kami berupaya membina pulau buatan sejak dulu tetapi tidak berbuat demikian kerana tidak mahu mencetuskan kontroversi,” kata pakar keselamatan serantau China, Zhang Jie.