Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Monday 24 November 2014

Application terbaru dari Facebook : GROUPS



Facebook pada 19 Nov yg lepas melancarkan aplikasi mudah alih percuma baru Groups untuk meningkatkan kemudahan penggunaan bagi ciri popularnya dalam lama sosial itu iaitu, kumpulan.

Ciri Groups atau kumpulan yang sedia ada, ia membolehkan kalangan pengguna mencipta dan berinteraksi menerusi laman sosial itu berdasarkan hobi, geografi atau budaya masing-masing.

Mengikut syarikat itu, lebih 700 juta daripada 1.35 bilion pengguna Facebook, menggunakan Groups. Laman sosial itu menjadi hos kepada ratusan juta kumpulan merangkumi pelbagai topik termasuk agama, merancang percutian atau membincangkan isu hobi serta kesihatan.

Justeru, aplikasi baharu itu akan menjadikan proses mengakses Groups lebih mudah pada peranti mudah alih tanpa pengguna perlu bersusah payah membuka aplikasi Facebook dan mencari kumpulan diingini satu demi satu.