Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Monday 24 November 2014

Angkasawan wanita pertama Itali


MOSCOW: Angkasawan pertama wanita dari Itali, Samantha Cristoforetti berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan kapal angkasa Russia, Soyuz, awal pagi tadi.

Agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos dalam kenyataannya berkata, Cristoforetti disertai angkasawan Russia, Anton Shkaplerov dan angkasawan Amerika Syarikat, Terry Virts.


Mereka berlepas dengan kapal angkasa, 'Soyuz TMA-15M' yang dilancarkan dari 'Baikonur Cosmodrome' di Kazakhstan pada jam 8.01 malam GMT (4.01 pagi waktu Malaysia).

"Soyuz kini berada dengan selamatnya di orbit, perhentian berikutnya adalah ISS," kata NASA dalam tweet, sementara imej secara langsung mengenai pelancaran itu menunjukkan Virts tersenyum dan memberi isyarat bahawa segala-galanya berjalan lancar.



Ketiga-tiga mereka - Cristoforetti, Virts dan Shkaplerov akan tiba di ISS enam jam selepas dilancarkan di mana mereka akan berada sehingga Mei 2015.

Keseluruhannya 16 negara menjalankan tugasan tertentu di ISS, termasuk Russia dan Amerika Syarikat, yang membiayai sebahagian besar operasi berkenaan.