Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Monday 3 November 2014

Komputer yang wujud 38tahun yang lalu dijual~



Komputer Pertama Apple Dilelong 

Satu daripada 50 komputer pertama yang dipasang pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan mendiang, Steve Jobs pada 1976 dilelong pada harga antara AS$300,000 (RM981,338) hingga AS$500,000 (RM1.63 juta).

Pada 2012 sebuah komputer Apple-1 yang masih berfungsi dilelong pada harga AS$374,500 (RM1.22 juta).

Rumah lelongan Bonhams memaklumkan, komputer yang masih berfungsi itu dipasang di garaj kereta milik Jobs di Los Altos, California.

Pada acara lelongan itu, komputer berkenaan berjaya dibeli Yayasan Henry Ford yang merancang mempamerkan komputer berkenaan di sebuah muzium miliknya di Dearborn, Michigan.

“Apple-1 bukan sahaja inovatif, malah ia asas kepada revolusi digital,” kata Presiden Henry Ford, Patricia Mooradian.

Ketika komputer itu dihasilkan 38 tahun lalu, tidak ramai membelinya sebelum pemilik syarikat elektronik, Paul Terrell membuat tempahan 50 unit Apple-1 dan menjualnya pada harga AS$666.66 (RM2,180.72).

Susulan itu, Jobs dan Wozniak mengeluarkan 150 lagi komputer dan menjualnya kepada kenalannya serta syarikat elektronik.

Ketika ini kurang 50 unit komputer Apple-1 yang masih dapat berfungsi dengan baik.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here