Bermula 1 November ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan
operasi khas terhadap kesalahan berkaitan nombor pendaftaran, penggunaan
Strobe Light dan Lampu HID terhadap pengguna kenderaan di seluruh
negara.
Bagi tiga kesalahan berkenaan, pengguna yang dikesan akan diberi saman dan notis larangan serta merta.
Kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua
minggu.
Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua
minggu, maka kompaun berkenaan akan meningkat antara maksimum RM200
hingga RM250 selepas sebulan tidak dibayar.
Orang ramai juga diberikan masa sehingga 1 Mei tahun depan
bagi mematuhi peraturan cermin gelap menerusi Kadar ketelusan cahaya
(Visible Light Transmittance -VLT) yang sudah ditetapkan.