Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Saturday 15 November 2014

Perniagaan lebih MAJU dengan S.O.T


IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI DALAM S.O.T HARI INI!


APA ITU S.O.T ?

S.O.T atau nama penuhnya Selling Online & Tamu ialah Facebook Group yang diwujudkan untuk para peniaga bertamu secara maya di dalamnya dengan tujuan menjual pelbagai produk dan juga mempromosi jenis-jenis perkhidmatan lain yang diniagakan.

Selain daripada mengiklankan perniagaan di dalam Facebook group ini, para peniaga juga berpeluang untuk 'turun padang' pada satu tarikh yang ditetapkan contohnya menjual produk-produk yang mereka niagakan di booths di dalam shopping mall dan sebagainya. Biasanya tamu berbentuk nyata/fizikal ini dilakukan di dalam beberapa shopping mall terkemuka, di mana satu tapak disediakan untuk berpuluh booth didirikan.


KENAPA MEMILIH S.O.T ?

S.O.T sebelum ini mempunyai keahlian hampir mencecah seratus ribu orang. Namun akibat dari masalah teknikal Facebook, group ini closed-down. Oleh itu, S.O.T kelahiran baru yang ada kini masih dalam proses 'membangun' di mana terdapat hampir 50ribu keahlian. 50ribu orang ini cukup untuk membuatkan perniagaan anda dikenali umum dan mempunyai 'target' yang luas.

S.O.T juga dipantau-selia oleh big-boss Sylvia Lee dan juga beberapa administrators yang lain yang bertanggungjawab untuk menjadikan medan perniagaan itu lebih selamat kepada semua peniaga dan pembeli. Setiap post akan ditapis oleh admin, dan tidak akan ada post berbentul malware/virus akan terlepas/di-published. Info mengenai para scammer (penipu online) juga sering diumumkan oleh group ini agar kesemua ahli dapat mengambil langkah berjaga-jaga.


BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN KEAHLIAN ?

Sila lawati Facebook Group S.O.T tersebut di sini >>> Selling Online & Tamu <<< Click di sini

Langkah 1 - Click pada button 'JOIN' yang ada pada sebelah atas kanan group tersebut. Tunggu sehingga join request anda itu diluluskan oleh pihak admin.

Langkah 2 - Perhatikan pinned post di dalam group tersebut, dan anda akan nampak satu document yang bertajuk 'Syarat & Senarai pengiklan yang sah' sepeti di dalam gambar di bawah:



click pada tajuk pinned post tersebut atau anda boleh click di sini >>> Syarat & Senarai <<< Click di sini

Langkah 3 - Ikuti segala syarat untuk mendapatkan ID. Iklan tanpa ID tidak akan dipaparkan ke dalam group tersebut. Anda akan dapat mula mengiklankan perniagaan anda ke dalam group tersebut sebaik sahaja anda mempunyai ID dan segala post anda akan terpapar secara automatik.


KENAPA SAYA PERLU ADD 50 RAKAN FACEBOOK SAYA KE DALAM GROUP S.O.T ?

Sebabnya, 50 rakan Facebook yang anda add itu nanti berkemungkinan akan menjadi para customer untuk peniaga yang lain di dalam group tersebut, dan 50 rakan Facebook yang peniaga add ke dalam group tersebut pula berkemungkinan akan menjadi para cutomer untuk anda. Menarik bukan?

Lebih menarik lagi, bila 50 rakan Facebook yang anda add ke dalam group itu berkemungkinan akan berminat menjadi peniaga pula. Dan bila mereka ingin menjadi peniaga di dalam SOT, mereka juga akan memasukkan 50 rakan Facebook mereka ke dalam group ini untuk mendapatkan ID. Bayangkan separuh dari rakan Facebook yang add itu tadi itu menjadi peniaga, sebanyak 1250 orang baru(25 x 50) akan dimasukkan ke dalam group dan seramai 1250 orang ini mungkin akan menjadi customer anda dan juga kepada orang lain. Perniagaan anda akan berkembang dan maju dengan 'target audiences' yang banyak.


==================================

Untuk sebarang kesulitan atau pertanyaan, bolehlah diajukan kepada para admin group tersebut di sini >>> https://www.facebook.com/groups/SellingOnlineTamu.SOT/files/
(Pilih salah satu file di dalam senarai, dan komen pada 'doc' tersebut...)