Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Wednesday 12 November 2014

Kamera Video yang LASAK!



GoPro perkenal kamera video lasak siri HERO4 

Rangkaian model kamera video lasak GoPro di bawah Siri HERO dipertingkat menerusi pengenalan HERO4 Black dan HERO4 Silver, dengan pelbagai ciri terkini termasuk penstabil imej, rakaman definisi tinggi (HD) serta pandangan malam yang lebih baik.

Teknologi imej yang ditampilkan oleh GoPro Inc pernah memenangi beberapa anugerah terkemuka dunia, termasuk Anugerah Emmy yang menjadi penanda aras industri perfileman dunia. 

Antara ciri utama bagi model HERO4 Black ialah rakaman video HD dengan kelajuan 30 rangka sesaat yang membenarkan rakaman berkualiti serta kebolehan untuk merakam gambar dengan resolusi 8.3 megapiksel. Ia menampilkan paparan muka pengguna terkini dengan sambungan dan akses kepada kunci kawalan kamera.

HERO4 Black juga mempunyai sambungan WiFi 50 peratus lebih pantas dengan sambungan Bluetooth untuk prestasi GoPro App lebih mantap dan kawalan kuasa lebih baik.

HERO4 Silver pula menampilkan keupayaan skrin sesentuh khas untuk kawalan mudah kamera, bingkai gambar dan kemudahan main balik.

Ia mampu merakam foto dengan kualiti majalah 12 megapiksel dengan kelajuan 30 gambar sesaat. HERO4 Silver juga menampilkan sambungan WiFi 50 peratus lebih pantas serta sambungan Bluetooth untuk prestasi GoPro App.  
Harga jualan runcit tempatan bagi model HERO4 Black ialah RM1,849 manakala HERO4 Silver RM1,449.



For more Info,
please visit and JOIN Facebook group SABAHTECH <<< Click here (Technology Discussion Group)
please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here