Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Tuesday 11 November 2014

Samsung Galaxy Note 4 SYURGA KAKI SELFIE


Samsung Galaxy Note 4: Pelbagai kelebihan janjikan kepuasan pengguna

  Meneliti sepintas lalu spesifikasi aplikasinya, Samsung Galaxy Note 4 seperti tidak banyak mengemukakan perbezaan dengan siri Note 3 yang terlebih dulu berada di pasaran.

Perbezaan ketara hanya pada reka bentuknya yang lebih anggun menerusi bingkai logam premium bergandingan skrin Quad HD Super AMOLED 5.7 inci (14.25 sentimeter) yang menonjolkan imej lebih jelas dan hidup menerusi jumlah kontras tinggi di samping sudut pandangan lebih jitu.

Kelebihan ini mampu memberikan hasil rakaman definisi tinggi ultra (UHD) membanggakan meskipun membabitkan objek jauh yang dirakamkan menggunakan teknik memfokus (zooming).

Apabila dimainkan semula, gambar dirakam di skrin berkeupayaan pada 500 piksel seinci itu dilihat tampil jelas dan tidak menunjukkan tanda pecah meskipun ada goyang dan tangan bergetar sewaktu melakukan proses zooming.

Pengguna turut menikmati ciri tingkap berbilang yang mengizinkan pelbagai tugas dilakukan serentak, misalnya menulis nota sambil menonton video di Youtube selain pada masa sama boleh berkomunikasi dengan rakan melalui Facebook.

Anda boleh mengubah saiz tetingkap pada bila-bila masa mengikut keperluan, sama ada menginginkan ia muncul seketika, menghayati dua skrin serentak atau membesarkan satu skrin untuk mendapatkan tontonan maksimum.

Sesuai buat 'kaki selfie'
Hakikat tidak dapat ditolak, Note 4 syurga bagi kaki selfie menerusi sistem kamera melangkau masa yang memungkinkan penghasilan gambar lebih jelas dan terang. Telefon pintar itu menyelitkan kamera hadapan beresolusi 3.7 megapiksel dilengkapi mode bersepadu baharu untuk memenuhi keperluan selfie individu mahupun berkumpulan dalam 90 hingga 120 darjah sudut rakaman.

Sementara, 16 megapiksel belakang kamera mengutarakan Penstabilan Imej Optik Pintar (Smart Optical Image Stabiliser) berfungsi mengekang gegaran selain secara automatik memanjangkan masa pendedahan ketika merakam gambar dalam suasana gelap.

Pengganti buku nota

Kecanggihan Galaxy Note 4 turut melayakkannya sebagai pengganti buku nota, lebih-lebih lagi dibekalkan S Pen responsif tinggi yang meminjamkan pengalaman seolah-olah menulis dengan pen mata bola dan kaligrafi.
Pen ini tidak lagi digelarkan 'stylus' kerana menawarkan teknik penggunaan berlainan selain berhak dipuji kerana mengemukakan fungsi sama seperti tetikus komputer.

Kali ini, S Pen menampilkan spesifikasi 'Air Command' lebih mesra pengguna dengan empat pilihan tugasan iaitu Action Memo, Screen Write, Image Clip dan Smart Select, yang berfungsi dengan hanya menekan batang pen tanpa menyentuh skrin.

Hadir dalam empat warna eksklusif putih, hitam, perang keemasan dan merah jambu, kapasiti bateri ditambah sehingga 3320mAh berupaya menyelesaikan masalah bateri cepat kehabisan terutama selepas melayari wi-fi dan internet.

Pengguna pastinya tersenyum lebar sebaik mengenal pasti keupayaan bateri itu yang memiliki fungsi caj 30 peratus lebih pantas berbanding biasa.



For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here