Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Sunday 2 November 2014

Khasiat minyak kelapa


Kelapa adalah ‘pokok seribu guna’. Daripada daun, batang dan buahnya memiliki manfaat tersendiri. Kegunaan biasa kelapa yang boleh dimakan begitu saja, ia juga menjadi bahan utama dalam menghasilkan minyak.


Tanggapan kononnya minyak kelapa boleh meningkatkan paras kolesterol yang tinggi sebenarnya cuma mitos, sebaliknya ia mempunyai kebaikan tertentu.

Mulai hari ini, tidak perlu kita berbelanja lebih untuk produk kesihatan dan kecantikan yang tidak pasti kesan sampingannya kerana sumber asli pelbagai guna sudah tersedia dan diyakini tidak memberi kesan sampingan.

Berikut antara manfaat minyak kelapa:


Menjadikan tubuh langsing

Sekiranya anda belum pernah mencuba minyak kelapa dalam masakan, maka jadikan ia sebagai bahan penting di dapur anda.
Kajian menunjukkan pengambilan satu hingga dua sudu besar minyak kelapa boleh meningkatkan metabolisme dan mengelakkan kegemukan. Mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan inginkan tubuh yang langsing bolehlah mencubanya sebagai bahan masakan bermula sekarang.




Selamat tinggal kulit kering

Apabila kita kekurangan air dalam badan, kulit menjadi kering dan bersisik. Pelbagai produk losen dicuba tetapi ia hanya bertahan dalam jangka masa sekejap.

Penggunaan minyak kelapa sebagai pelembap mampu mengatasi masalah itu. Pelembap semula jadi ini tidak membuatkan kulit anda berminyak atau melekit, sebaliknya ia membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kedutan.

Minyak kelapa semakin popular sebagai satu daripada bahan yang dicampurkan dalam produk kecantikan, sebagai antibakteria dan antikulat yang membantu merawat jangkitan pada kulit.





Sebagai perapi rambut semula jadi

Sekiranya anda inginkan rambut yang lembut dan bersinar, lumurkan minyak ini di kulit kepala sehinggalah hujung rambut dan biarkan selama 10 minit sebelum membilas. Ia juga dipercayai dapat menguatkan rambut dan mereka yang selalu mengalami masalah rambut gugur boleh mencuba kaedah ini.







Meningkatkan tenaga

Dengan hanya menyapukan satu hingga dua sudu besar minyak ini pada roti setiap pagi atau campurkan satu sudu besar di dalam air minuman tenaga ketika bersenam, anda akan mula merasai perubahannya.



Menjaga kesihatan mulut

‘Oil-pulling’ kini sudah menjadi aliran selepas kajian membuktikan bahawa minyak kelapa memberi kesan positif kepada kesihatan gigi dan gusi. Langkah ini mengelakkan pengumpulan plak dan mengurangkan radang gusi. Anda boleh cuba melakukannya dengan menggunakan satu hingga dua sudu teh di dalam mulut selama 20 minit.