BETUL! ini bukan bohong... Harga minyak dunia turun sejak 1 Oktober yang lepas...!
Ini kerana Amerika sudah mempunyai sumber bahan bakar yang lain iaitu 'gas asli' dan tidak lagi terlalu bergantung dengan minyak yang diimport dari middle-east.
Amerika sebelum ini menggunakan minyak secara banyak untuk kerja-kerja industri berteknologi tinggi mereka seperti 'hydraulic fracturing' dan 'horizontal drilling'. Penggunaan minyak di Amerika dua kali lebih banyak dalam tempoh 6tahun. Namun kini tidak lagi...
Amerika bukan satu-satunya negara yang mengalami penurunan harga minyak di dunia ini, malah di negara-negara lain yang juga bukan negara pengeluar minyak juga turut turun. Contohnya Britain yang mengalami penurunan harga minyak sebanyak 27sen.
TAPI, apa yang berlaku di Malaysia yang merupakan sebagai sebuah negara pengeluar minyak, agak 'kontra' dengan keadaan yang dialami di kebanyakkan negara-negara....... Di Malaysia, minyak tidak ikut turun mengikut pasaran dunia, malah naik sebanyak 20sen!
Langkah kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel bertentangan dengan manifesto pilihanraya umum ke-13 Barisan Nasional untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.