Perwakilan Gerakan: Melayu pun pendatang
Ini kerana, kata perwakilan Johor Tan Lai Soon, orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.
“Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak, yang menjadi bumiputera asal,” katanya.
Katanya, pemimpin Umno yang sering menyifatkan masyarakat Cina sebagai pendatang sebenarnya tidak sedar bahawa mereka juga pendatang dari Indonesia.
Tan berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Datuk Mah Siew Keong dalam perhimpunan tahunan Gerakan di Shah Alam.
note: Anwar Ibrahim di dalam ucapannya pada tahun 2007 juga mengingatkan semua orang bahawa Malaysia bukan milik Melayu