Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Thursday 16 October 2014

Ribuan resah, khidmat feri Kimanis dihenti sementara


Perkhidmatan feri di pulau bebas cukai ini sedikit terjejas susulan pemberhentian sementara operasi feri Kimanis.
  
Operasi itu dihentikan sebulan lalu, menyebabkan beribu-ribu pengguna yang berulang-alik di laluan Labuan-Menumbok-Labuan berada dalam keresahan lebih-lebih lagi cuti persekolahan akan bermula tidak lama lagi.
  
Feri Kimanis dikendalikan oleh Juta Bonus Sdn Bhd.
  
Pengarah Jabatan Laut Malaysia di Labuan, Benjamin Benard Bijion memberitahu Bernama hari ini jabatannya banyak menerima aduan tentang perkhidmatan feri yang terjejas itu.
  
"Tidak dinafikan, pemberhentian operasi feri Kimanis telah menjejaskan perkhidmatan feri. Kami mahu operasi feri diteruskan untuk kemudahan penduduk Labuan dan Sabah," kata beliau.

Benjamin berkata pemberhentian operasi oleh feri Kimanis disebabkan masalah dalaman antara pengusaha dan pemilik feri.
  
Oleh kerana perjalanan dan aktiviti ekonomi pengembara terjejas, Benjamin menggesa pengusaha feri segera menyelesaikan masalah dalaman.
  
Benjamin berkata perkhidmatan feri di Labuan sekarang bergantung kepada dua pengusaha iaitu Labuan Ferry Corporation yang mengendalikan dua feri, Wawasan Perdana dan Warisan, serta Labuan Mainland Link Sdn Bhd dengan feri Putrajaya 1.
  
Kedua-dua pengusaha mengadakan dua dan tiga perjalanan sehari di laluan Labuan-Menumbok-Labuan.