Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Monday 17 November 2014

Pastri Mengandungi Daging Manusia.





Brazil - Tiga orang kini dalam perbicaraan kerana membunuh dua wanita dan memakan mangsa - mangsa tersebut. Menurut Washington Post, seorang lelaki, isterinya dan seorang perempuan simpanan beliau ( yang tinggal bersama pasangan itu ) telah ditangkap pada tahun 2012 kerana didakwa membawa dua wanita tersebut ke rumah mereka dengan menjanjikan pekerjaan sebagai pengasuh kanak - kanak. Selepas membunuh mangsa, ketiga-tiga mereka kemudiannya memakan " bahagian-bahagian" daripada badan mangsa tersebut .Mereka menggunakan seluruh daging itu untuk membuat pastri empada kemudian memakannya dengan seorang kanak-kanak yang tinggal bersama mereka .Pastri empada tersebut juga dijual kepada jiran sekeliling.



Bulan lepas seorang chef dari Australia juga telah ditangkap kerana terlibat dalam kanibalism. Pemuda tersebut berusia 27 tahun membunuh teman wanitanya, mengeratnya dan memasak bahagian badannya sebelum melarikan diri dari polis dan kemudiannya membunuh diri.