Sebagai perbandingan, satu lagi aplikasi pesanan yang menjadi trend masa kini, pengguna WhatsApp di Malaysia hanya meningkat sebanyak 202 peratus, sementara Facebook Messenger meningkat sebanyak 192 peratus dalam tempoh yang sama.
Menurut kajian oleh penyelidik pasaran Indeks Web Global (GWI), WeChat paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 16 hingga 34 tahun dengan kumpulan umur inimenguasai lebih 80 peratus daripada pengguna di negara ini.

Ketua Trends GWI, Jason Mander berkata penyelidikan mendapati bahawa rakyat Malaysia lebih suka WeChat kerana ia lebih cepat daripada laman sosial yang lain atau pesanan teks untuk berkomunikasi dan selesa.
"Satu lagi sebab ialah mereka mendapati ia lebih privasi untuk chatting dengan rakan mereka berbanding laman sosial seperti Facebook, menyeronokkan untuk menggunakannya dan percuma," katanya.