Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Wednesday 22 October 2014

Kementerian Kesihatan kaji perluas penggunaan mesin 3D EIT


Kementerian Kesihatan sedang mengkaji untuk meluaskan penggunaan mesin khas bagi pemeriksaan payudara iaitu Bio Elektrik Impedans Tomografi (3D EIT) di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata mesin khas yang dicipta hasil gabungan teknologi negara Jerman dan Russia itu masih dalam proses penelitian untuk mengkaji ketepatan mengesan penyakit kanser dan cyst pada payudara.

Katanya, setakat ini mesin itu digunakan untuk membuat saringan mengesan tanda awal pada payudara menerusi program kesihatan yang dianjurkan di kawasan Balik Pulau, di sini.

"Mesin 3D EIT itu menggunakan teknik baharu yang tidak membabitkan x-ray dan ia juga selamat digunakan untuk wanita mengandung kerana ia menggunakan tenaga elektrik," katanya.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here