Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Sunday 19 October 2014

LG Smartphone terbaru: G3


LG Electronics melancarkan telefon pintar baharu, G3, yang disasarkan untuk mengambil sebahagian pelanggan daripada dua pemain utama industri, Apple dan Samsung.

Model ini yang menggantikan G2, dipadankan dengan skrin 5.5 inci (14 sentimeter) dengan kualiti skrin empat kali ganda jauh lebih baik berbanding varian standard serta bateri yang tahan lebih lama.

Pelbagai ciri terkini turut ditampilkan untuk mengujakan peminat telefon pintar, termasuk keupayaan kamera yang dipertingkatkan, perisian termaju yang membolehkan pengguna selfie hanya dengan pergerakan tertentu serta fokus yang ditambah baik dengan bantuan laser.

Antara penambahbaikan yang ditampilkan ialah keupayaan untuk mengaktifkan G3 dengan 'mengetuk' skrin atau membuat pergerakan tertentu dan serangkaian perkhidmatan pembantu maya yang dikenali sebagai Smart Notice.

Smart Notice menawarkan cadangan berdasarkan pelbagai faktor, termasuk tingkah laku pengguna dan lokasi. Contohnya, perisian itu akan mencadangkan aplikasi yang tidak digunakan dan menawarkan untuk memadamkannya atau memaparkan senarai barangan hendak dibeli apabila peranti itu sudah sampai ke pasar raya berkaitan.

LG turut memasukkan aplikasi 'suis padam' yang membolehkan pengguna mengunci, memadam atau merosakkan sesebuah peranti yang hilang atau dicuri.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here