Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Friday 24 October 2014

Tahukah anda DRAGON FLY hidup lebih dahulu berbanding Dinosaur?


FAKTA TENTANG PEPATUNG @ DRAGON FLY


1. Nama saintifik pepatung adalah Anisoptera yang bermaksud ‘sayap berlainan saiz’ yang merujuk kepada sayap belakang yang sedikit pendek dan lebar berbanding sayap dihadapan.

2. Pepatung mempunyai kebolehan mengawal suhu badan sendiri. Salah satu caranya adalah dengan mengibaskan sayapnya dengan laju untuk meningkatkan haba badan. Selain itu, pepatung menggunakan sinar cahaya matahari untuk meningkatkan suhu badannya. Ia memposisikan tubuhnya dalam keadaan yang paling banyak terdedah pada matahari dan menggunakan sayapnya untuk memantulkan cahaya keatas badannya. Begitu juga dengan menyejukkan badannya, sayapnya digunakan untuk memantul cahaya daripada badannya.

3. Pepatung menangkap mangsanya di udara (mid-air) semasa sedang terbang. Saintis di Harvard University pernah cuba merakamkan pepatung yang sedang menangkap mangsa. Mereka mendapati proses terbang, tangkap, dan turun semula hanya mengambil masa 1 – 1.5 saat sahaja. Pepatung akan mati kelaparan jika ia mengalami kegagalan untuk terbang. Saintis menggelarkannya sebagai ‘the perfect killer’.

4. Pepatung mampu terbang sejauh 100 kaliganda panjang badannya dalam masa satu saat, atau kira-kira sejauh 30 batu per jam.

5. Seekor pepatung mampu memakan kira-kira 30 – 100 ekor nyamuk dalam masa sehari.
6. Organ reproduktif pepatung berbeza dengan serangga lain dimana organ reproduktifnya terletak di segmen kedua dan ketiga berbanding di hujung abdomen seperti serangga yang lain. Namun begitu, spermanya disimpan di segmen kesembilan abdomennya.

7. Mata lensa pepatung mampu melihat lebih banyak spektrum warna berbanding manusia. Ia menggunakan 80% keupayaan otaknya hanya untuk memproses maklumat visual yang diterima.

8. Pepatung mampu hidup sehingga beberapa minggu secara puratanya. Namun ada juga beberapa jenis pepatung yang mampu hidup sehingga 1 tahun lamanya.

9. Pepatung merupakan pemangsa yang sangat efisien. Ia mampu menangkap secara berjaya kira-kira 95% daripada pemburuannya. Jika dibandingkan dengan ikan yu, yang merupakan antara pemangsa paling garang didunia, ia hanya mampu kecapi 50% pemburuannya sahaja.

10. Pepatung mampu menghancurkan mangsanya hanya dengan menggigit mangsanya menggunakan rahang yang sangat kuat. Sehinggakan pepatung yang lebih besar daripada biasa mampu menggigit kulit manusia sehingga pecah dan tembus.