Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Sunday 30 November 2014

David Beckham & Anak Kemalangan Jalan Raya


Lagenda bola sepak England, David Beckham terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas mengambil anaknya, Brooklyn di pusat latihan Arsenal pada pagi Sabtu.


Dalam kemalangan berhampiran pusat latihan tersebut, Beckham dan anaknya tidak mengalami kecederaan, tetapi kereta yang dipandu bekas pemain Manchester United itu mengalami kerosakan teruk.

Sebelum kejadian, Beckham, 39, menyaksikan anak sulungnya, Brooklyn, 15, mewakili skuad bawah 16 tahun Arsenal menentang Brington di London Colney, Hertfordshire.

Kejadian itu dilapor telah disaksikan oleh seorang pekerja pusat latihan akademi Arsenal.


Saksi itu memberitahu, Beckham dan anaknya tidak mengalami kecederaan walaupun kelihatan terkejut, malah dia juga tidak bertengkar dengan pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu sebaliknya mereka bersalaman dan pulang.

Beckham pulang dengan kereta lain bersama anaknya dan tidak pasti sama ada mereka ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.