Seorang remaja perempuan berusia 13 mengalami pengalaman perit apabila kakinya reput selepas dipatuk ular.
Gadis yang tidak dikenali itu dibawa ke Hospital Carcaras, Venezuela selepas dia gagal dalam rawatan tradisional selama sebulan untuk memulih kakinya yang mereput sehingga meninggalkan tulang.
Seorang Doktor dari Liverpool, Arun Ghosh yang melihat gambar tersebut berkata, kaki remaja terbabit mereput kerana bisa tersebut telah mematikan sel dan tisu.
"Gambar itu jelas menunjukkan bahawa tisu pada kaki remaja terbabit telah mati sepenuhnya dan yang tinggal hanya tulang," katanya.
Berdasarkan gambar itu juga, doktor berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa remaja terbabit berisiko untuk maut selepas ini.