Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Wednesday, 15 October 2014

Samsung Note 4 mula dijual esok!



Samsung Galaxy Note 4, yang dinanti-nantikan ramai, akan dijual mulai 17 October 2014, esok!


Samsung Malaysia Electronics berkata 100 pelanggan pertama yang membeli Note 4 di Samsung Experience Stores dan pengedar sah yang mengambil bahagian, akan menerima secara percuma 'Gear Circle', peranti bergaya dan rantai intuitif yang berfungsi sebagai fon telinga.

Gear Circle, adalah antara pelbagai tawaran yang boleh didapati di pameran bergerak tiga hari itu, katanya.

"Pameran bergerak itu sebagai satu cara untuk memperkenalkan pengalaman baru melalui peranti terbaharu kami. Melaluinya, pengguna kami boleh mengaitkan produk kami dengan gaya hidup mereka yang akan memudahkan tugas seharian," kata presiden syarikat, Lee Dong Yong.

Samsung dan rakan kongsi, Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis, akan membuka ruang perkhidmatan mulai 17 hingga 19 Oktober ini di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall bagi membolehkan pengguna membeli dengan mudah.

Galaxy Note4 boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas.

Isu Sabah Keluar Malaysia: Dengar dulu jangan ancam, kata MP


Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) menggesa kerajaan supaya tidak mengancam pihak yang meniupkan sentimen untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Sebaliknya, beliau menyarankan kerajaan mendengar dahulu masalah yang dicetuskan oleh kumpulan intelektual yang mendakwa wujud ketidakadilan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

"Di Sabah kebelakangan ini kita nampak, dengar dan baca ada kumpulan-kumpulan intelektual yang terpelajar - mereka ini bercadang meminta Sabah keluar dari Malaysia.

"Ini kita tak boleh pandang ringan Datuk Speaker kerana mereka ini intelektual.

"Mungkin ada perkara-perkara yang mereka fikirkan Sabah tidak dapat - tidak ada pembahagian sama rata di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.


"Jadi kita nampak pemimpin, menteri datang mereka ini mengancam untuk mengambil tindakan.

"Ini cara dahulu, kita sudah maju kita tak mahu ancaman. Kita mahu kerajaan Persekutuan mendengar masalah mereka ini.

"Kita tak mahu apa yang disuarakan semuanya salah, dengar dahulu," kata Abdul Ghapur di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 11 Spetember polis menahan tiga individu selama dua tahun di pusat pemulihan kerana mempunyai kaitan dengan usaha pihak tertentu untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia.

Wanita bakar diri akibat tanggung hutang

Kerana tertekan akibat menanggung hutang besar dengan pengendali pinjaman haram, seorang wanita membakar dirinya di pusat aduan kerajaan yang terletak berdepan dengan Rumah Kerajaan di Bangkok semalam.




Sungwein Raksapet, 57, yang melecur 50 peratus bahagian badan, telah dimasukkan wad di unit rawatan rapi Hospital Vajira. 
  
Wanita itu dikatakan telah mendapatkan pinjaman daripada pengendali pinjaman haram di tempat asalnya di wilayah Lopburi, bahagian tengah Thailand.
  
Bagaimanapun, wanita itu menyedari beliau ditipu bila hutangnya tiba-tiba melonjak hingga 1.5 juta baht, tidak lama kemudian. Jumlah pinjaman asal tidak diketahui.
  
Pagi semalam, Sungwein yang naik marah mengembara 153km ke Bangkok untuk mengemukakan aduan terhadap pengendali pinjaman haram itu.

Bagaimanapun, ketika pegawai sedang menguruskan aduannya, beliau mencurah petrol ke badannya dan menyalakan api di hadapan mereka, kata Lt. Pol. KingpetSettiya, pegawai penyiasat di balai polis Dusit.
  
Menurut pengarah Vajira Hospital, Dr Pollert Phanthanakul, Sungwein dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bercakap kerana 50 peratus badannya melecur.

Kisahnya menarik perhatian menteri di pejabat Perdana Menteri, Panadda Diskul, yang menziarahinya di hospital.