Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Thursday 23 October 2014

Banjir kilat landa Penampang LAGI!

Banjir Kilat di Kampung Dabak, Penampang.



PENAMPANG: Hujan lebat di daerah ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
Air mula naik di kawasan rendah serta beberapa perkampungan berhampiran sungai mulai jam 5 petang.

Jurucakap Pejabat Daerah Penampang, ketika dihubungi di sini, berkata setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka.

"Bagaimanapun kita bersama agensi kerajaan yang berkenaan akan terus memantau perkembangan ini untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk memindahkan penduduk jika keadaan banjir semakin buruk," katanya.

Sehingga jam 7 malam ini, empat kampung dan kawasan perumahan yang dilanda banjir ialah Penampang Proper, Kambau, Kibabaig dan Tindai.

Difahamkan, ada penduduk sudah berpindah ke kawasan tinggi berikutan kediaman mereka dinaiki air.

-----------------------------------------------------


SINAMU RUNGUS: Belum kesedihan warga Penampang lenyap terhadap kehilangan harta benda mereka yg rosak akibat ditenggelami air banjir beberapa minggu yang lepas, kina musibah yang sama kembali lagi.

Dan sebenarnya, banjir di kawasan Penampang bukanlah baru bermula, ianya sudah berlarutan sejak dahulu. Di mana silapnya? Adakah kerana hujan yang luar biasa? Ataukah masalah pada empangannya? Ataukah sistem perparitan yang tidak sistematik dan tidak dalam?

Dan soalan yang paling penting, SAMPAI BILA masalah yang sama perlu berulang dan berulang?