Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Thursday 23 October 2014

Kereta The Beast Obama Diiktiraf Kereta Paling Canggih Di Dunia


Kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dalam lawatan rasmi ke Malaysia banyak menarik perhatian masyarakat setempat untuk mengetahui tentang kenderaan canggih yang digunakan Presiden Amerika itu iaitu pesawat peribadi beliau iaitu Air Force One dan kereta ‘The Beast’ yang dilengkapi keselamatan yang canggih yang digunakan sepanjang tempoh lawatan rasmi beliau di Malaysia. 


Kereta presiden Amerika The Beast iaitu model Cadillac One buatan General Motors keluaran 2009 juga merupakan kereta yang paling canggih di dunia selain memiliki aspek keselamatan yang tinggi untuk melindungi penumpangnya. Kereta ini juga turut memiliki ciri-ciri sebuah kereta kebal.



CIRI-CIRI:

-
Boleh memuatkan 7 orang di dalamnya dalam satu-satu masa.

- Mempunyai berat 8 tan dan memiliki panjang 5 meter.

- Pintu kereta itu direka khas dengan pintu kalis peluru setebal 20cm, badan keretanya diperbuat dari besi keluli, titanium dan seramik yang membuatkan ianya tahan dan kukuh.

- Tayar kenderaan ini direka agar kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan.

- Tangki minyak dan chasis kereta ini juga diperbuat dengan bahan kalis letupan.

- Dilengkapi dengan senapang ‘Shot Gun

- Dilengkapi dengan kamera untuk penglihatan malam.


Selain itu, antara yang unik dan canggih dalam kenderaan ini adalah kerana kereta ini turut dilengkapi dengan bekalan oksigen dan darah yang sama jenis dengan Presiden Amerika Syarikat ini sekiranya berlaku sebarang musibah atau kecemasan.


Dengan ini kereta The Beast milik presiden Obama ini dinobatkan kenderaan perlindungan paling canggih di dunia.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here