Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Thursday 23 October 2014

Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2014


Senarai ranking universiti terbaik di Malaysia bagi tahun 2014 telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik 2014 ini telah disusun mengikut kajian yang dikeluarkan dengan lebih terperinci oleh QS ASIA Top University Ranking

Senarai universiti terbaik di Malaysia 2014 ini dipilih berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah berdasarkan sumbangan kertas projek (Research), tahap kecermerlangan akademik, reputasi graduan-graduan yang dihasilkan yang sudah bekerjaya dan berdasarkan kemudahan fasiliti dan infrastruktur sesebuah universiti.


Jadi kepada mereka yang mahu menyambung pelajaran ke IPTA atau IPTS pastinya menitikberatkan senarai atau ranking sesebuah universiti untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuknya. Berikut dikongsikan senarai Universiti terbaik di Malaysia 2014 untuk pilihan anda.


Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2014

  1. Universiti Malaya  (UM) – IPTA
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – IPTA
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) – IPTA
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – IPTA
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM) – IPTA
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – IPTA
  8. Universiti Multimedia (MMU) – IPTS
  9. Universiti Teknologi MARA (UiTM) – IPTA
  10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) – IPTS
  11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – IPTS
  12. Universiti Utara Malaysia (UUM) – IPTA
  13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). – IPTA
  14. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing – IPTS
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) – IPTA
  16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – IPTA
  17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – IPTA
  18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS