Don't miss even a single update! Like/Join us on Facebook to keep up-to-date!

Categories...

Kedai Membaiki Komputer

Kedai Membaiki Komputer
Dipercayai, Berkualiti & Pengurusan Mudah!

Friday 24 October 2014

Fakta Menarik Mengenai Nombor Telefon


Penciptaan Nombor Telefon
Sebelum wujudnya nombor telefon, panggilan telefon akan dibuat dengan mendail perkhidmatan telefon yang pertama dan meminta operator telefon untuk menghubungkan kita kepada orang yang kita mahu hubungi.

Pada mulanya, semuanya kelihatan baik dan berkesan sehingga proses itu sendiri dipersoalkan oleh kawan baik kepada Alexander Graham Bell (pencipta telefon itu sendiri), Dr Moses.

Akibat serangan penyakit epidemik campak yang hebat ketika itu, Dr Moses memberi nasihat untuk memulakan satu sistem baru tanpa melibatkan operator panggilan kerana jika mana-mana dari mereka jatuh sakit, yang lain akan mengalami kesukaran untuk memahami sistem dan tidak akan ada sesiapa lagi yang dapat atau faham untuk menghubungkan talian itu kepada orang yang mahu dihubungi. Oleh itu, sistem nama telah digantikan dengan nombor yang di dail secara langsung oleh pemanggil sendiri.


Kod Kawasan Yang Pertama (Area Code)
Kod kawasan yang pertama ditubuhkan adalah di New Jersey pada tahun 1951, yang telah dilabelkan sebagai 201.


Nombor Telefon Paling Mahal
666-6666 memegang rekod untuk nombor telefon yang paling mahal selepas ia dijual di Qatar untuk US$207 Juta untuk mengumpul wang untuk program kebajikan. Nombor ini telah berjaya mengalahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh 888-8888 yang dijual di China pada harga US$280,000.


Nombor Kecemasan
Nombor kecemasan di Amerika ialah 911. Di UK, nombor kecemasannya ialah “sembilan sembilan sembilan” (sama seperti Malaysia); manakala Eropah, nombor kecemasannya adalah 112.

Masih terdapat beberapa perkhidmatan bomba di Amerika Syarikat yang juga boleh dicapai dengan mendail “3 4 7 3″, yang bermaksud “FIRE”.




For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here