KAJI selidik Barometer Pengguna yang dikeluarkan Google Inc menunjukkan sebanyak 35 peratus daripada pengguna di Malaysia mengakses internet dengan menggunakan telefon pintar.
Angka itu sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara tertinggi di dunia yang mengakses internet secara eksklusif di telefon pintar, mengatasi pasaran serantau dan negara maju yang lain.Malaysia juga berada dalam kalangan lima negara utama dunia yang memiliki penggunaan telefon pintar lebih tinggi iaitu pada 51 peratus berbanding komputer hanya 39 peratus
Berdasarkan kaji selidik ini pengusaha perniagaan dinasihatkan supaya mengutamakan pembangunan platform mudah alih ketika membangunkan atau menaik taraf laman web masing-masin.
For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here