SAN FRANCISCO: YouTube, perkhidmatan video dalam talian popular milik Google Inc, merancang untuk menawarkan versi berbayar tanpa iklan, menurut pengurus laman berkenaan.
Langkah itu adalah perubahan signifikan kepada laman web video nombor satu dunia yang menarik lebih satu bilion pengguna sebulan yang mana paparan video percuma sering disertai iklan pendek.
Perkhidmatan video berbayar itu adalah rancangan "dalam tempoh terdekat".
Youtube menyatakan perkhidmatan langganan lebih luas yang mana pengguna perlu membayar bagi mengakses versi tanpa iklan koleksi video YouTube.
For more Info, please visit and LIKE Facebook page: SABAH TECHNOLOGY <<< click here